150 juta : Cover Version by Hana Zatie

Salam all,

150 juta…bunyinya macam pelik…1st time baca, tak sangka tu tajuk lagu..ingatkan apa…memang unik…agaknya lagu ni dah lama glamer, tp dah bukan tebiat aku nak mencari2 lagu ni…kalo dengar lagu pun, yang mana diputarkan kat radio je la…kalo tkde kat radio maknanya aku takkan dengar la…takpun yang menjadi ost filem atau drama, bila dah best dengar…

dan bukan menjadi tabiat aku jugak utk bukak link kat facebook sebelum ni…lam bulan puasa ni je aku sempat nk bukak2 link, tu pun tak semua…video ni aku penah nampak kat facebook, tapi dipandang sepi je…tak minat langsung nak bukak…sehinggalah encik suami bagi link suh dengar…disebabkan aku isteri yang menurut perintah, maka aku pun dengarlah…ya ampunn, giler best lagu ni…sangat2 suka sehinggakan dengar berkali-kali pun tak puas2 jugak…siap wat entry kat blog lagi ni ha…kira memang jatuh cinta habis la..nak2 plak liriknya sangat2 best….

bila dah jatuh cinta yang amat sangat, mestilah nak cari info selebihnya kan…maka digoogle kan la…rupanya penyanyi asal lagu ni adalah Fynn Jamal…tapi dicover atau dinyanyikan semula oleh si Hana Zatie ni…tapi biasalah, mana yang kita dengar 1st tu la yang kita akan suka kan…jatuh cinta pandang pertama la katakan…dari telinga turun ke hati..Fynn Jamal nyanyi pun best jugak…tapi aku lebih suka yang Hana Zatie ni sebab suara dia best…dia pun cute…yang paling tak tahan siap de backup dancer plak kat belakang…lawak la plakkan…

dek kerana kecintaan yang mendalam ke atas lagu ni, maka nak la kongsikan dengan kalian semua…aku amik video ni dari Youtube by ejatlah…bila baca komen pasal video ni, ada jugak yang tak puas hati bila si Hana Zatie ni nanyikan lagu ni…siap kutuk2 lagi…bagi aku tak salah rasanya kalo nanyikan lagu org, bukan tuk mengaut untung pun kan…just suka2 jer pun kan…apa salahnya berkongsi kan…tak rugi apa2 pun…terpulang pd individu tuk menilaikan…apa pun, korang dengar n nilaikan la sendiri k…siap letak ada lirik lagi ha…lirik aku amik lirik MalayaPark.com

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

You may also like...

4 Responses

  1. Afif says:

    Jatuh cinta kat lagu ke kat orangnya?

  2. Salam Naini! =D

    Drop from yidpojie blog. nice web ya.. Btw, Hana have good voice and good skill in guitar. And ya, Fynn jamal the composer =D

    Selamat berpuasa from me.. chill..

    yours
    SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *