20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak!

Menarik plak tengok tajuk post ni..banyak dishare di Facebook dan di Blog ibu-ibu sekalian…berminat nak share la jugak..meh selongkar kebenarannya…hehe…

 ~~~~@@@@@@@@~~~~

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”…Betul kan? Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. [betul2, macam semua boleh buat demi anak kesayangan…]
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! [a’ah rindu sangat walaupun terpaksa alami alahan yang teruk, nak berjalan pun susah, tido yang asyik terganggu, tapi macam rindu nak merasa lagi…]
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! [Nak tido pun kadang kala tunggu kul 12 lebih baru nak lena…tapi yang pastinya dah tak perlu jam loceng pagi-pagi..]
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. [rasa lebih menghargai dan beruntung masih ada Ma dan Abah…]
  5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit. [Kalo boleh nak mintak semua sakit tu bagi kat kita jer…biar kita jer yang rasa sakit macam2 asalkan dia sihat jer..]
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat…[no komen…hehe]
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. [sangat!!! tapi takleh amik port sangat..anak aku kan, korang apa tau???].
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. [siyesss, pakai tudung pun asal boleh jer..seb baik tak senget benget…]
  9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan happy bila anak kita poo-poo! [siap-siap dibelek lagi..kalo anak tak poo-poo, resah gelisah dibuatnya..]
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita. [bangga pun ada! mcm tak sangka boleh jadi mcm sekarang ni..hehe]
  11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. [sebab tu blog ni jarang update dah…hehe]
  12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. [sangat betul..mcm hebat sangat2…]
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. [Haq belum tumbuh gigi..]
  14. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya. [tapi tunggu Haq dah besar sikitlah…]
  15. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. [faham sangat!]
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! [mandi pun asyik teringatkan dia! padaha, dia rileks jer dok main…]
  17. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! [Ngan jiran sebelah rumah ni tak pun, muka dia pun taknah nampak…huhuhu]
  18. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. [Haq adalah kepentinganku sekarang ini…]
  19. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. [tak sukar langsung, suka dan suka je ada…]
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! [pikir yang indah-indah jer]

Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!

 ~~~~@@@@@@@@~~~~

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. ann says:

    wahhh seronok je bca diari khidupan lps bgelar ibu… moga akan tiba hari jua nti.. ameen… moga haq membesar dengan pnuh didikan agama dan kasih syg…n jd ank yg soleh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *