26
Kuala Abang.jpg
Tempat persinggahan yang menjadi fabret aku n en.suami. Menggamit memoir dulu2 masa mula2 nk bwk en.suami jumpa famili. Tmpat ni dah berubah dah,siap ada gazebo lg. Nyaman sungguh kat sini,rasa mcm tkmo balik.hehe.
26
Balik kampung.jpg
On de way nak balik raya di kelantan bersama dgn en.suami trcinta. Skang br sampai kat cherating,harap2 tkde jalan ditutup akibat banjir. Cuaca okey je cerah n panas.
25
lepaking at Berjaya Megamall
Salam.
Program selepas Majlis Persandingan si Ratu Sehari, kami meneruskan agenda ke Berjaya Megamall untuk bermain bowling. Singgah di masjid di bandar Kuantan yang kaler biru cantik untuk solat dan menukar baju. Takkan nak main bowling pakai baju kurung kan. Karang mengganggu kosentrasi orang lain pulakkan.
Dah sampai kat Berjaya Megamall, terserempak ngn Shuk & famili masa tgh nak cari parking. Qis terus sms ajak dia men bowling. Maka bertemulah kami di gelanggang bowling. Tak sangka lak dia ngn adik2 ipar dia jugak. So berenam la kami time tu. Main ngn dorang satu game jer, pastu kami bertiga tambah lagi satu game. Nasib aku memang tak berapa nak baik ari tu, asyik masuk longkang n kalo tepat pun bola bowling tu bergolek, pin tak jatuh semua, agak tensen lah jugak. Tp takpe, usaha tangga kejayaan. Chaiyork!!!!!
Selepas main bowling, kami tengok wayang lak. Mula-mula aku dah buat keputusan taknak tengok wayang, tapi macam kesian pulak kat aimi, aku ni dahlah jenis cepat kesian kan orang, nampak ajer tegas bila buat keputusan, tapi dalam hati berkata-kata macam-macam sehingga resah gelisah dibuatnya. Aimi dah lama nak tengok wayang 2012 tu, so tunaikanlah hasrat dia.
Tapi bagi aku, 2012 tu agak boring dan macam awal2 lagi dah dapat tau dah kesudahan dia. Tapi mungkin filem tu bagus untuk korang2, sebab ada gak part yang mcm touching2 sikit pasal kekeluargaan. Tapi jangan sampai terpesong akhlak sudah. Filem tu kan lebih kurang mcm ari nak kiamat macam tu la kan, mana de orang bleh survive kalo dah kiamat kan. Kalo still ada yg boleh hidup, bukan kiamat namanya. Aduhai~~~~
Abih tengok wayang, merayau-rayau cari pasal lak di sekitar kawasan shopping. Singgah kat kedai Hatiku, kedai yang jual mcm2 patung2 cantik, sangat berkenan dengan patung katak, tapi cekalkan hati untuk tidak membelinya sebab tak elok membazirkan. Tapi hati di dalam sangat mahukannya. Takpelah, mungkin next time ada rezeki lebih, boleh la beli kan. Lepas jalan-jalan, kami terus balik.
P/s: sangat terkilan sebab tak dapat nak makan donut BIG APPLE..sedih.
Salam…
Sabtu lepas, bersamaan dengan 21 November 2009, kami berkonvoi ke Majlis Persandingan Sally iaitu rakan sekerja kami di kolej. Rumah pengantin berlokasi di Felda Bukit Sagu 3, yang agakla jauh perjalanannya. Pada mulanya mengikut yang dijanjikan kami akan berkonvoi 3 buah kereta, dan lokasi menunggu adalah di tengah-tengah tepi lebuhraya selepas exit Temerloh. Namun, setelah ditunggu-tunggu, rupa-rupanya ada 2 buah lagi kereta yang akan berkonvoi bersama. Setelah cukup ahli jemaah, maka bergerak lah kami ke destinasi yang ditetapkan.
Di pertengahan perjalanan, terserempak lagi dengan 2 buah kereta. Maka barisan konvoi menjadi 7 buah kesemuanya, tersangat lah mengujakan keadaan tersebut. Kami selamat tiba di rumah Ratu Sehari lebih kurang jam 12.30 tgh di kala hujan renyai-renyai. Agak kebasahan apabila terpaksa berjalan kaki dengan sekadar menumpang di hujung2 payung yang satu. Payung tu pulak digunakan untuk memayung si baby cute. Takkan nak berebut ngn baby lak kan.
Kenduri tetap meriah walaupun dalam hujan renyai-renyai. Ramai jugak tetamu yang memenuhi majlis termasuklah kami semua. Setelah bergambar berposing sakan-sakan, kami menjamu selera. Tidak lama kami di majlis memandangkan masih ada agenda seterusnya. Setelah kekenyangan, kami beredar dalam hujan yang makin melebat.
24
sehari di Bukit Tinggi…
Salam
ari ni nak mengimbas kembali keseronokan kami (geng2 rumah no 7) bercuti di Bukit Tinggi, Bentong…keputusan di ambil sewaktu on de way nkgi bekfas…even tanpa dirancang, namun percutian ini sangat bermakna, sangat best dan sangatlah seronok…sehingga kami rasakan nkgi lagi..kalo boleh tiap2 bulan bak kata si Qis…
kat Bukit Tinggi ada 2 tempat yang boleh dilawati, iaitu Colmar Tropicale n Japanese Village…kalo kat Colmar ni, lebih kepada hotel n restorant yang aku rasa memang mahal harganya n de game2 yang mcm tangkap anak itik dpt bear tu la…pastu ada pentas tuk persembahan penari2 yang agak seksi dok golek2 pinggul…tp berdikir barat pun dorang reti…pastu dia nyer design bangunan ala2 obersi gitu kan…pastu ramaila tourist2 yg mat2 n minah2 saleh gak….pastu satu lagi kat Japanese Village, kat sini lebih pada taman2 hijau atau taman di dalam hutan belantara…tp aku suka…sejuk n indah pemandangan kat situ…damai di hati rasanya…
sumer tempat kami pegi…sumer tempat kami redah…memang sangat seronok…kalo boleh nkgi lagi…korang kalo rasa nk pegi tu, pegi la…tak rugi beb…nakgi obersi tak mampu, pegi jerla tempat yang ala2 obersi…okey ar kan…merasa la gak….
Rakan Penaja
Ramadhan
| Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut, PAHANG |
| Selasa ( 07-09-2010 ) |
| Imsak :5:38 |
| Subuh :5:48 |
| Maghrib :19:15 |
Categories
Recent Posts
- Kursus Pendek Membuat Biskut Raya
- I-City Bandar Cahaya di Shah Alam
- Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com
- Ucapan Khas Selamat Ulangtahun…
- 150 juta : Cover Version by Hana Zatie
- Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 & Majlis Berbuka Puasa Kolej Komuniti Temerloh 2010
- Laksa Johor
- Terawih Vs Saf Kanak-kanak
- Keistimewaan Puasa di Bulan Ramadhan
- Selamat Berpuasa
JoM bErGosSiP…
Komen Terbaru
- norsaritanaini on Kursus Pendek Membuat Biskut Raya
- Yiedpozi on Kursus Pendek Membuat Biskut Raya
- norsaritanaini on Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com
- ery farieha on Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com
- norsaritanaini on Ucapan Khas Selamat Ulangtahun…
Member List
- Aimi
- ApaRasa
- AzmanIshak
- BlogResipi
- Chika
- Ejam Othman
- Iza
- Kak Kujie
- Nad
- norsaritanaini blogspot
- OhMelaka
- Seman
- Yanmie
Login





























