28
tak sempat…
memang tak sempat langsung nak jenguk blog skang ni…sampaikan blog dah tukar theme pun aku tak perasan…kalo bukan kerana encik suami yg bgtau dia dah tukarkan theme aku, agaknya bila tah aku akan perasan…sangat2 tak sempat nak berblog…terlalu banyak perkara lain yang memerlukan perhatian yang lebih dari aku…kalo ikutkan hati, rindu sgt2, tp apa kan daya…masih banyak benda lain yang lebih penting….
skang pun aku dah blur, taktau nak buat apa dah..sumer benda rasa cam penting…tak buat karang, mcm tak sempurna lak keja aku…tak suka buat keja separuh jalan…harap sgt2 aku kuat…
20
sangat2 bizi…
~~~ tidak akan ada update untuk seketika, kebizian melanda ~~~
16
Ikut gerak hati…
ari ni my father in law suh masakkan daging..dia dh siapkan keluarkan dr peti ais…”alamak, aku nak masak apa” terus je macam blur, memang taktau nk masak apa..sebab kalo kat umah, aku selalu buat goreng daging kunyit, goreng kicap atau buat singgang kalo daging…karang kalo aku masak goreng2, nampak sgt mcm aku ni terror goreng2 je kan…pastu nk masak singgang, karang dorang takleh makan lak…nak masak sup, bunjutnya takde plak…cmne nih…
pastu teringat yang encik suami cakap dia suka makan daging masak kicap…so amik keputusan nk buat masak kicap la…tapi tergaru2 kepala jugakla td kan..mana aku reti masak kicap tu..tknah seumur hidup aku buat daging masak kicap…bahan apa nak letak ntah…cmne kaedah pun aku taktau ni…pikir punya pikir, tkleh lama2 pikir, karang tak pasal2 beli kat luar jer..teettttttttt..hehe…makanya ikut gerak hati jerla…siapkan bahan2 yang aku selongkar kat dapur, tgk sumer yg hati aku ckp ada, superb..menjadila ni kot…berangan..hehe…
mula2 tumis bawang, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang…tumis sampai naik bau, then masuk daging, air kicap n garam…dah agak2 nk empuk daging aku masukkan tomato n carrot…tapi mcm tercair jer aku masak…nk tunggu kuah dia kering, karang carrot terlabih lembut pulak…hmmm lantak la..janji aku dh siap masak…tp agak berdebar jugaklah nak tunggu komen dr encik suami…mintak2 lah boleh makan…teringat pulak satu kisah, katne tak aku baca, dia ni masak daging masak kicap la kat umah mertua dia, pastu daging tu tak dihidangkan pun masa makan…siyes sedihkan…harap2 aku nyer masakan tak cam tu la ek…tobat tak masak kalo kena cam tu…
p/s: encik suami dh komen, kuah cair sangat…okey bebeh, akan diperbaiki skill pasni…encik suami makan dgn banyak, kira cam sedap la kan….hikhik…ayat ni penting tuk motivasi diri….
14
Terima kasih…
terima kasih kepada Yuna n Annur sbb sudi tolong aku tadi…kalo tkder korang, taktau lah cane…nak tampal setem untuk 300 lebih sampul…fuhhhh, agak mencabar jugakkan…
actually, sepatutnya bukan aku kena buat benda ni semua, biasanya kalo nka pos surat anta je ke pejabat..tp ari ni orang yg sepatutnya uruskan tu cuti…pastu plak “franki” (tak sure ejaannya cam mana) dah abih ink…so terpaksa beli setem dan terpaksa jugak buat sendiri…sangatlah tensen….
dahla penat, dr semalam bawak ke rumah malam td, kul 1 pg baru tido siapkan surat2 tu, pastu setengahari td pun buat kemaskini lagi pasal surat2 tu…memang penat sgt2…kepala sakit…mata pun berpinar2 jer tgk huruf…tp nak tak nak kena buat jugak..kursus pendek nak kena on jugak…karang ramai yang bertanya plak…
pastu bila diberitau aku kena buat sendiri…arghhhhhh tensennya…sampai nangis2…seb baik masa tu yuna ada…so dia offerkan diri dia nk tolong aku…annur join sekali…thanks yuna n annur…budi dan jasa korang amat kaknor hargai…nanti dpt gaji, knor belanja korang makan satay kajang Hj Samuri yg baru tu ek…
p/s: taktau la nape ngn aku skang ni, asal tensen sikit nangis…asal tensen sikit nangis…adoiiiyaaiiii..apsal lemah sangat skang ni ek…
aku tersangat penat…sangat2…minggu ni macam banyak sgt keja nak kena buat…hendel kursus pendek ni memang mencabar mental dan fizikal…banyak sangat nak kena buat sampaikan aku dah taktau mana satu nak mula dulu…karang buat yang ni, yang tu pun nak kena siap cepat…
ada benda tu aku sepatutnya dah lama siapkan, tapi sebab menunggu dari yang lain, makanya tertangguh lah benda tu…maka makin bertambah2 la keja aku…aku bukan nak salahkan orang lain, aku pun faham, orang lain pun bizi macam aku jugak…sekali lagi aku cakap, aku tak salahkan orang lain, masing2 ada tanggungjawabkan…tp sangat berterima kasih pd yang memberi kerjasama yang padu dalam membantu aku tuk menyiapkan takwim…
tkder niat aku nak memaksa orang supaya buat kursus pendek ni…dah memang tanggungjawab kita jugak untuk mencapai sasaran yang ditetapkan…nak taknak even mcam nampak memaksa dan terpaksa, aku kena jugak mintak kerjasama orang lain dalam hal ini…aku nak buat sendiri memang tak mampu…
kadang serba salah jugak dalam hal ni…kot2 nanti ada yang tak berpuas hati dgn khidmat aku di sini…tp aku dh cuba sekadar yang termampu…nak buat sempurna memang aku tak mampu…siyes tak mampu…
antara senarai keja yang aku kena buat sekarang
~> takwim kursus pendek untuk setahun, siap sekali ngn tarikh n nama pensyarah yg terlibat~~~~status sekarang baru siap bulan 3, tu pun nak kena pinda jugak sbb de pensyarah yang nak ubah tarikh..
~> senarai kursus pendek 2010 ~~~dah siap, cuma nak kena cek lagi sekali, konpemkan ngn Ketua Jabatan aku…
~>surat panggilan peserta untuk kursus bulan Januari ni…ada 8 kursus utk minggu depan, dan 8 kursus jugak tuk minggu satu lagi…sumer kena buat surat, 1 kursus ada lebih kurang 50 orang lebih peserta..so bayangkan berapa surat yang kena buat..nk kena signature lagi…pastu lipat masuk sampul n post..mungkin tiap2 minggu dr sekarang aku kena buat surat cam ni ~~~ seb baik Sima tolong aku, kalo tak..boleh mati katak macam ni
~>fotostat nota utk setiap kursus yang akan dijalankan~~~ seb baik minggu ni satu kursus je, yang lain bleh buat minggu depan
~>update borang-borang yg berkenaan dengan kursus untuk thn ni ~~~ tak buat apa2 pun lagi, siyes tak sempat…
~> update modul kursus ~~~ yang ni kena bg pada Ketua Program suh anak2 buah dorang yang buat, tp aku kena senaraikan modul apa yang nak dibuat
~> kemaskini fail2 tahun lepas yang harus ditutup sbb tahun ni nak bukak fail baru ~~~ tak buat lagi, fail dok tersadai jer kat atas meja
~>kemaskini dokumen2 n folder lam PC aku…asyik save jer, dh berat dah pc ni
~> kumpulkan jadual penggunaan makmal komputer n bilik2 lain untuk sewaan n kursus pendek
~> buat surat promosi untuk diedarkan pd semua sekolah, agensi kerajaan, JKKK kampung n persatuan2 yang ada di sekitar Temerloh
~> minggu depan dah start kelas, tapi satu hape pun aku tak buat lagi…ayyokkkk…
ha tu semua senarai keja yang bleh disenaraikan..belum lagi yang nak kena uruskan tempahan dewan n macam2 la lagi…haiiihhhhhhhh
p/s: sempat lagi update blog sbb tgh bengang ngn printer, asyik hang dr td…
Rakan Penaja
Ramadhan
| Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut, PAHANG |
| Ahad ( 05-09-2010 ) |
| Imsak :5:38 |
| Subuh :5:48 |
| Maghrib :19:16 |
Categories
Recent Posts
- I-City Bandar Cahaya di Shah Alam
- Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com
- Ucapan Khas Selamat Ulangtahun…
- 150 juta : Cover Version by Hana Zatie
- Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 & Majlis Berbuka Puasa Kolej Komuniti Temerloh 2010
- Laksa Johor
- Terawih Vs Saf Kanak-kanak
- Keistimewaan Puasa di Bulan Ramadhan
- Selamat Berpuasa
- Lawatan Ke Pusat Sains Negara & Muzium Kesenian Islam Malaysia
JoM bErGosSiP…
Komen Terbaru
- norsaritanaini on Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com
- ery farieha on Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com
- norsaritanaini on Ucapan Khas Selamat Ulangtahun…
- sis on Ucapan Khas Selamat Ulangtahun…
- norsaritanaini on 150 juta : Cover Version by Hana Zatie
Member List
- Aimi
- ApaRasa
- AzmanIshak
- BlogResipi
- Chika
- Ejam Othman
- Iza
- Kak Kujie
- Nad
- norsaritanaini blogspot
- OhMelaka
- Seman
- Yanmie
Login






