Premier Herbs Anzelin - Ketenangan Minda

Browsing all articles from February, 2010

skang ni pagi2 aku asyik hangen jer ngn segelintir pemandu kereta di area Mentakab ni…dulu korang tak amik sekolah memandu ke…takkan dpt lesen terbang kot kan…tiap2 pagi, selalu jer ada kes cenggini…aku taula pagi2 tu sumer org nak cepat pi keja or anta anak pi sekolah…tp jgnlah membahayakan orang lain…terutama pemandu yang agak berhemah macam aku ni…

dah banyak kali sgt aku terkena, kebanyakannya suka sgt kuar simpang even masa keta aku dh dekat sgt2 dah…dah la tak bagi signal, usahkan angkat tangan…kalo angkat tgn or bg signal, at least sejuk gak hati aku nak membrek secara mengejut di pagi hari kan…hilang ayu jap…

mcm kes pg td, si encik merz lama, men keluar menonong je dr simpang taman, signal memang takde la kan, taktau la kot2 signal dia tu bakal dok kat arkib negara je…nama je ada, tp tak reti guna…tp last2 ko tersemput2 gak kat belakang aku…ha padan muka, baru puas hati aku, konon kalo dok depan aku, bleh sampai dulu dr aku la tu..sori beb, jgn pandang sebelah mata, even keta aku myvi kecik molek jer, laju gak tuh…jgn memain tau…

pastu kat trafic lite, si encik toyata camry yang tak ensem langsung, (kena kutuk sbb tak puas hati kan), menonong je kuar dr susur kiri, padahal keta aku dah dekat jugak…bukan ke sepatutnya kena bg laluan pd org yg dr belah kanan ke? haiiyyyohhhh…

aku ni nk kata berhemah or tarbaik sangat tu tkde la jugak, tp at least tkde la nk membahayakan orang lain, setakat bantah lampu isyarat merah tu jer pun (pastu kena saman byr RM40 je…baik betul pakcik polis tu..hehe)…tu pun sbb tak ganggu traffic lain langsung…sbb pd aku tak patut pun de traffic lite kat susur nk masuk taman aku tu…ecehhh, siap bg cadangan lak…semoga tkde la jd benda yg teruk2 masa aku memandu…Nauzubillah…

Bumi ibarat terbakar...

panas…panas….sangat-sangat panas…malam2 pun skang ni panas giler…kalo terasa sejuk hanya apabila berada di dalam kereta atau di opis sbb ekon terpasang…mandi pun dah macam ala2 mandi sauna je manjang…mandi la pepagi di dinihari pun, air tetap terasa panas…sejak bila pulak aku pasang heater kat umah kan…tp siyes, lepas mandi pun still rasa tak mandi lagi…bilik air tu toksah citer la berkuap semacam…tkyah dah nkgi perabih duit gi sauna….cukup sekadar bersauna di bilik air di rumah sendiri…

kipas tu kalo boleh sepanjang masa nak on je…dah tu bukak plak yang paling maksimum…kalo time tido takde dah nak berselimut bagai…asal selimut jer berpeluh2…memang tak selesa la…tidur pun kerap terganggu akibat ketidakselesaan…kenyamanan masa tido memang dah tkde langsung dah…haru biru jugak dibuatnya…

pastu pagi td baru aku terperasan, kul 7 pagi skang ni dah cerah macam dah kul 8 pagi…smalam balik dr Temerloh, kul 7 malam, masih cerah lagi…sebelum ni biasanya aku keluar ke opis kul 7 pagi, gelap gulita lagi…siap kena bukak lampu kalo bawak keta…skang ni takyah bukak pun takpe…dah bleh nampak dengan terang…nampak sangat mcm waktu malam pun dh pendek berbanding waktu siang…ish..ish..

ini semua adalah akibat Fenomena El Nino yang melanda negara pada masa ini…sangat tidak baik untuk kesihatan…kena lebihkan minum air kosong setiap hari untuk elakkan macam2 penyakit yang boleh melanda akibat kepanasan ini…info lanjut berkenaan el nino ni, korang gugel la sendiri k…penat je pakcik gugel buat servis kalo aku citer sumer kan… kat bawah tu de sikit petikan yang aku dpt dr UTUSAN ONLINE..thanks to Pakcik Utusan yang baik hati…

Menghadapi fenomena El-Nino

Oleh ABDUL RAHMAN MAHMUD

Jabatan Meterologi melaporkan fenomena El-Nino bakal melanda negara dalam masa beberapa bulan lagi. Ia adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. Antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau panjang.

Oleh itu, kita seharusnya meningkatkan kepekaan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai fenomena El-Nino dan melakukan persediaan yang perlu.

Persoalanya sudahkah kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku 10 tahun lalu (1997/1998) semasa fenomena ini melanda negara?

Jabatan Meterologi pada April lalu melaporkan, terdapat bacaan suhu melebihi suhu maksimum purata bagi bulan tersebut. Suhu tertinggi yang direkodkan bagi tempoh 1 hingga 28 April 2009 adalah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April. Ia dalam lingkungan suhu tertinggi yang pernah direkodkan.

Fenomena ini dicatatkan berlaku sebanyak 12 kali sejak 1951-1952 dan terakhir pada 1997-1998. Pada 1998, suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998.

Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi terbanyak dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar.

Pada tahun itu juga, negara-negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi dan malaria. Fenomena El-Nino dikatakan merupakan fenomena sejagat yang perlu ditangani bersama.

Ada saintis mengaitkan fenomena El-Nino dengan pemanasan global. Walau apa pun andaiannya, masyarakat harus disedarkan mengenai kesan fenomena ini kepada manusia dan alam sekitar.

Fenomena ini dikatakan mempunyai rantaian kesan yang agak membimbangkan kepada alam sekitar dan aktiviti manusia. Sekurang- kurangnya terdapat tiga kesan utama yang bakal dirasai daripada peningkatan suhu semasa fenomena ini.

Pertama, kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan dijangka turut mengakibatkan penyakit seperti batuk, selsema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas.

Kedua, keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air. Ia akan menyebabkan krisis bekalan air.

Kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam dibimbangi akan mengalami penyusutan disebabkan kadar sejatan yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat.

Selanjutnya ia akan memberi impak terhadap aktiviti manusia. Sesetengah operasi industri pula memerlukan air sebagai bahan dalam proses pengeluaran produk. Maka industri juga bakal menerima tempiasnya.

Ketiga, persekitaran yang kering boleh mendorong berlakunya kebakaran. Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia. Kawasan padang yang kering boleh terbakar dengan mudah andainya putung rokok yang masih berapi dibuang ke kawasan tersebut. Tapak pelupusan sampah yang membebaskan gas metana pula berpotensi menyebabkan kebakaran secara spontan.

Apa yang amat membimbangkan, peningkatan kes kebakaran yang berlaku akan menyebabkan masalah jerebu. Semasa El-Nino 1997/1998, kualiti udara terjejas teruk akibat jerebu. Ia berlaku disebabkan kebakaran hutan di Sumatera dan sekaligus menyebabkan pencemaran udara rentas negara. Ia akan menjejaskan sektor pelancongan negara.

Justeru itu, masyarakat mempunyai peranan dalam usaha membantu kerajaan menangani kesan yang bakal berlaku. Sikap “tidak ambil peduli” hanya akan mengundang padah.

Sebagai tanda prihatin, kita harus bersatu melakukan persediaan yang mencukupi. Pertama, kita harus bersedia untuk peka mendengar perkembangan semasa tentang keadaan cuaca yang berlaku. Berita melalui radio, televisyen, akhbar dan laman web seharusnya dijadikan rujukan penting.

Misalnya untuk mengetahui keadaan ramalan cuaca dan Indeks Pencemaran Udara, laman web Jabatan Matereologi Malaysia, http://www.met.gov.my dan laman web Jabatan Alam Sekitar, http://www.doe.gov.my boleh dijadikan rujukan. Kedua-dua laman web ini banyak memberikan maklumat tentang isu alam sekitar dan perkembangan semasa.

Laman web Jabatan Alam Sekitar membantu kita mengetahui tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU). Maklumat yang ada dapat membantu rakyat merancang aktiviti seharian.

Kedua, semasa berlakunya cuaca panas, kita harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan- bahan yang mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan. Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Ketiga, sekiranya berlaku masalah jerebu, masyarakat perlu mengambil langkah sewajarnya seperti memakai topeng sewaktu keluar rumah dan merawat segera masalah kesihatan seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam. Di samping itu, orang ramai juga perlu mengelak daripada melakukan aktiviti luar rumah yang boleh mendedahkan mereka terhadap kualiti udara yang tidak sihat.

Keempat, bagi mengurangkan kesan krisis air semasa fenomena El-Nino, amalan penjimatan air harus dimulakan dari sekarang. Penggunaan air untuk mandi, mencuci kenderaan dan membasuh pakaian perlu dihadkan agar tidak membazir. Dalam masa yang sama, orang ramai perlu mengadakan simpanan air mentah yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Langkah persediaan menghadapi fenomena El- Nino ini kadangkala dianggap remeh. Semasa fenomena 1997/1998, ramai yang merungut kerana kekurangan bekalan air dan masalah jerebu. Ramai yang menyalahkan kerajaan, kononya tidak serius melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena itu.

Rakyat seharusnya mengubah sikap. Ini kerana isu berkaitan alam sekitar adalah tanggunggjawab bersama. Kita harus bersedia menghadapinya dan membantu kerajaan dalam mengharunginya. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah, kita harus bersiap sedia dari sekarang.

CNY lepas, aku bercuti panjang..bermula dr ari Jumaat, 12 Februari 2010 lagi…mlm jumaat kul 12.30 malam, dah bergerak balik ke Kelantan ngn encik suami…dia yang nak drive lewat2 malam sbb tol LPT free malam tu…kalo ikutkan aku, pg esoknya pun okey sebab dh tau sangat konpem aku akan mengantuk…memang sah aku tertido…hehe…

sesampai di Kelantan jam 7.30 pagi…tersangatlah awal…mcm best je bila dh sampai kg…lama betul tak balik…encik suami terus pengsan, penat la tu…kesian dia, drive sorang2 kan…aku pun ngantuk jugak, tp mcm biasa lah bila dh kat umah sendiri mcm banyak benda nk dibuat…sembang apa yang patut dulu ngn anak2 buah aku…barulah bleh rehat, tu pun sekejap2 je…encik suami bangun dah hampir nak kul 12, tu pun sbb aku yang kejutkan dia, aku nk bekfas sbb kelaparan tunggu dia bangun…

seharian tu kami kat rumah je…kepenatan masih terasa, aku habiskan masa dengan tido je petang tu..pastu bangun melantak pulut kuning yang mak aku buatkan khas untuk anak kesayangannya ini…hehe…sayang ma dengan amat banyaklah…

Shopping2 di Rantau Panjang

hari kedua, aku n encik suami ke Rantau Panjang…encik suami nak shopping katanya…memang umpama pucuk dicita, ulam mendatang la…bab shopping ni memang aku tak tolak la kan…tp kat sana, ramainya umat…nak cr parking je dah hampir sejam…best betul meronda2..mula2 window shopping dulu, pastu baru shopping sakan…memang bleh rambang mata kalo kat sana, sumer benda rasa cam nak rembat je, kalo bab baju2 ni toksah citer la kan…banyak betul pilihan…kelabu mata tengok…duit pun macam air je keluar…huhuhuhu…

dok kat sana umpama mcam taknak balik dah, dah hampir asar baru bergerak pulang…on de way nk balik, singgah di masjid yang berhampiran…sangat kagum ngn senibina masjid tu..ibarat mcm “welcome to Beijing”..sangat bercirikan senibina kat sana…kaki berjalan mata asyik pandang bumbung dia je…sangat kagum…kalo tak silap nama masjid tu Masjid Jubli Rantau Panjang…baru lagi masjid ni kot sbb thn lepas pegi mcm tak nampak pun lg…tersangat puas hati leh singgah kat situ…

indah sungguh senibina bercirikan tokong cina ni...

Masjid Jubli Rantau Panjang, Kelantan

snapping pics after solat...

Majlis Kenduri Sepupu di Bachok

Hari isnin kami ke Bachok, menghadiri Majlis Persandingan sepupu aku…tp pagi tu sempat lagi bawak encik suami gi shopping di Pasar Isnin kat Machang…aku yang nak shopping kain pasang…tp susah betul nk pilih kain bila ada encik suami, hampir semua kain yang aku suka dia ckp macam kain langsir, hampeh betul…tak suka tauuuu…

sampai di Bachok, hampir2 tgh hari dah, sedang elok perut pun tgh berkeroncong lagu dondang sayang dah…dahla masa tu panas amat…memang best sangatlah menjamu selera, siap de budu ngn ulam-ulaman lagi…ayam perciknya sangat memikat hati, nak tambah mcm segan plak nk bgn…ikutkan hati nak je  bungkus wat balik…hehe…

dah selesai apa yg patut kat situ, kami bergerak pulang…sebelum tu alang2 dh sampai Bachok, terus singgah kat Pantai Irama…ya ampun, pantainya sangat tidak cantik…air berkelodak mcm hape jer, seb baik aku dh batalkan niat awal2 tuk mandi manda…just men2 air kat gigi pantai je, tu pun sebab nk temankan anak2 buah aku je…hikhik…

sepupu kawin...

di majlis kenduri sepupu di Bachok...berehat setelah kekenyangan...

wit my anaks buah...

Bukit Tinggi

memang ikutkan tkde dlm plan langsung nk ke Bukit Tinggi…sepatutnya kami bercuti di Cameron Highlands…memang dah jejakkan kaki pun, tp disebabkan oleh beberapa yang tk dpt nak dielakkan, terpaksa kami terus balik ke Mentakab je…konon nk honeymoon kat sana, last2 berhoneymoon di Mentakab jugak…tak puas hati betul…tkpe2, len kali nakgi lagi kat sana….

Kat Bukit Tinggi ni pun sonok gak, even kali ni aku pergi utk kali kedua, tp masih terasa keseronokannya..nak2 plak kalo gi ngn encik suami kan…lagila sonok dia tu berkali2 ganda kan…malas nk citer banyak2…tengok pic jer la k…hehe…

welcome to Japanese Village, Bukit Tinggi...

jenjalan sesambil menghirup udara segar...

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi...

gaya cam bercuti do obersi..

moga encik suami hepi bercuti kat sini...

on de way to bukit tinggi...

me at Bukit Tinggi....

an evening at Bukit Tinggi....

hepi time...

ha hamek, panjang giler entry kali ni…hapdet terus tuk semua, kot2 lepas ni tak sempat plak….hehe…

Feb
19

Kosong~~~

terasa kosong yang amat…sepi mencelah di ruang hati…seminggu lamanya dia sentiasa ada depan mata, hampir setiap masa di sisi..apa2 pun dilakukan bersama-sama…tiba time berpisah semula, cenggini la rasanya…sangat2 terasa kosong…

aku ingatkan bila fikir pasal keja, aku boleh dengan senang2 hati lepaskan dia balik cam tu je tanpa ada rasa apa2…tp tetap gak terasa…susah betul nak manage hati ni…nak mulakan keja pun rasa mcm tak sonok…baru bape jam berpisah ngn dia, dah rasa rindu yang amat n rasa tak sabar sangat2 nak jumpa dia semula…Ya Allah, tabahkan hati hambaMu ini…

baru masuk minggu ke empat pengajaran dan pembelajaran, tapi aku dah rasa kesabaran aku dicabar…taktau di mana silapnya…tp student2 aku kali ni mcm sangat susah untuk dikawal…dorang mcam langsung takde minat…aku dok ngajar kat depan, dorang bersembang kat belakang…bising toksah citer la…sekejap2 dorang nak take five..sekejap2 nkgi toilet…sekali dua takpe…banyak2 kali, aku pun naik geram…datang lambat suka hati dorang je…

aku taula yg dorang bukan minat pun nak belajar, tp tak semua la…ada yang segelintir tu ok…yang tunjukkan minat belajar tu ada…kadang aku tengok dorang pun asyik terganggu ngn yang tak berapa nak minat…suka sangat main2…dah la yang paling ramai student laki…susah betul nk kontraol kalo laki ni…sepatah aku ckp, dua tiga patah dorang jawab…lagi teruk dari student sem lepas…tersangat2 penat nak melayan karenah dorang…agak2 kalo aku abaikan je, okey ke tak ek…agak2 halal tak gaji yang aku dpt?