Premier Herbs Anzelin - Ketenangan Minda

Browsing all articles from March, 2010

aku risau sgt2, dah seminggu dah my mom demam…pastu semalam dah berjangkit dgn abah aku plak…tp bila suh gi klinik ke apa, dia taknak plak…aku ni dahla dok jauh…risau giler…

khamis ni baru bleh cuti, keja banyak giler…kepala aku dah berserabut sangat2…bila teringat kat dorang, rasa cam nak nangis je ni…

sangat letih..letih sebab keja, okey lagi…dah memang itu keja aku…penat cmne pun, akan ku teruskan…tp kenapa susah sgt nak dpt kerjasama dr pelajar ek…nak kata dorang taknak belajar, bila tanya, sumer jawab nak…tp dtg kelas, manjang je lambat…aku akui tak semua cam tu…tp kebanyakannya mcm tu…aku memang sangat kecewa…kita ni dahla penat banyak keja lain..tp still semangat ke kelas nak mengajar…tp sesampai di kelas, dua tiga kerat je yang ada…tak ke mencabar kesabaran namanya tu…aku dah lama bersabar…dah lama bertahan…tp ari ni, dh tak boleh dah…dah rasa mcm taknak masuk kelas dah…tp itu tanggungjawab plak….sampai bila aku kena bertahan mcm ni nih….

p/s: tahniah kepada pelajar2 yang berjaya membuatkan aku menitiskan air mata…syabas!!!

titisan hujan menyirami bumi...

setelah sekian lama berpanasan, akhirnya bumi Allah di Temerloh ni dituruni hujan yang agak lebat…Alhamdulillah, syukur sangat2…dah lama sangat2 tak rasa nikmat kesejukan di siang hari…dan rasa sejuk nyamannya udara…sangat2 nyaman…

lebat jugakla ujan yang turun, even takde la lama sangat pun, tp kesannya di bawa sehingga ke pagi ni, rasa sejuk je…kat umah pun dah tak rasa bahang dah…tido malam dah boleh berselimut n kipas pun guna tahap yg paling minimum je…sejuk sampai ke pagi…selesa amat tido…

seb baik jugak ujan turun smalam, kalo turun ari rabu, naya gak sbb masa tu kolej ada open day, tp rasanya kalo ujan time tu pun, sumer org bersyukur gak kot..sbb lama sgt dah ujan tak turun..lama sgt dah dok merasa bahang dr pg sampai ke malam kan…

harap2 lepas ni ujan akan turun lagi untuk menyejukkan bumi Allah dan menyirami segala tumbuh-tumbuhan yang ketandusan air selama ni…kalo panas pun, mintak2 jangan la panas membahang mcm yang lepas2…selang selikan sedikit ngan ujan okey la kan…