Premier Herbs Anzelin - Ketenangan Minda

Browsing all articles from April, 2010
Apr
23

Internet Down

masuk ari ni dah hampir seminggu tenet kat opis tak ok..bukan setakat nazak, dh langsung takleh nak guna…masalah pd server kata dorang…takau sampai bila baru okey…hidup mcm tak lengkap je kalo takleh online ni..

keja memang keja, taknah dilupakan even sempat gak sekali sekala menyelit di fesbuk tu…janji keja siap apa salahnya kan…tp bila tenet tkde ni, urusan keja pun agak terjejas gak..yerla sblm ni YM menjadi penghubung antara aku dengan pensyarah2 di sini, terutama sekali tuk diskas pasal kursus pendek…tp bila dah tkde YM ni, sengsara sgt bila nk hubungi dorang…nk kena col atau sms atau kena cari dorang…nak2 plak mostly pensyarah duduk kat tingkat atas, kenalah manjat tangga naik ke atas jumpa dorang…penat gak seposen…

sepatutnya minggu ni ada kursus Email dan Internet tp terpaksa dibatalkan sbb takleh nak online..sayang sekali rasanya sbb ramai peserta nak hadir kursus ni…tp nak wat cmne, benda takleh nk jangka kan…

harap2 minggu depan dah pulih semula la tenet ni…moga2dpt online mcm biasa…terigin gak di hati nk beli berukben, tapi memikirkan bajet bulanan, terpaksa la tangguhkan dulu hasrat di hati…banyak lg keperluan lain yg harus aku dahulukan…

penat…baru lepas abis shotcoz Jahitan Kepala Langsir…seb baik abih awal..bleh wat keja lain plak…tp shotcoz gubahan hantaran tak abih lagi…letih memang letih bila wat keja cam ni, nak2 plak aku dh keja start dr 6 April sampai ke ari ni, direct je…langsung tak cuti pun…bukan taknak cuti, tapi kesibukan keja adalah terapi jiwa bagi aku yang dlm dilema ni…dilema apa? ermmm, tkperlah, yang tu biar aku simpan sendiri…harap2 tak lama la dilema tu..sbb aku tak suka nk membebankan hati sendiri…

ari ni ada 2 je shotcoz, kepala langsir dan gubahan hantaran, esok pun ada 2, penyelenggaraan komputer dan bahasa inggeris sekolah rendah…thanks sgt pd semua pensyarah yang terlibat, jasa korang akan dikenang…ingatlah yang korang semua berbakti pd kolej..aku bukan dpt apa2 pun..hehehe…

jap lagi nak siapkan semua keja2 berkenaan shotcoz yang memang takkan abih…tiap2 ari asyik bertambah je, sampaikan meja aku memang tak boleh nak clear..tu belum campur dengan tugasan2 student lagi…banyak lagi yang aku tak marking…tp tkpe, InsyaAllah boleh disiapkan kot..audit P&P start minggu depan, harapnya siap sblm minggu depan la…huhuhu…

ikutkan hati yang tak berapa nak bahagia ni, cam malas jer nak buat apa…tp tu jerla caranya nak ilangkan segala masalah, makanya buat jela keja…bila pikir pasal keja, lupa la masalah lain…even sekejap pun jadila kan…

sangat jeles dengan setengah2 orang yang boleh berehat panjang masa cuti sem ni, siap bleh cuti seminggu terus…bukan jeles yang jahat tau…jeles yang baik punya…hehe…aku pun ingatkan time cuti sem ni, dapatla aku buat keja secara santai sikit, niat di hati nak marking sumer paper student yang dh tinggi menggunung, last2 tak sempat pun nak wat kat opis…

keja2 berkenaan dgn kursus pendek yang perlu dibereskan...

hari2 kena uruskan pasal kursus pendek yang taknah abih…terpaksa curi masa di malam hari tuk marking paper, tapi faham2 jerla kan, badan dh penat bekeja di siang hari, malam hari toksah citerla tahap kepenatan tu..paling2 boleh bertahan pun sebelum kul 11 malam…kalo selepas kul 11 malam tu, mata memang dh berat semacam…nak bukak pun tak boleh dah…dahla start 20 april sampai 18 mei ni ada audit P&P, nak kena setelkan sumer pasal rekod kehadiran dan rekod permarkahan berterusan pelajar…matila mcm ni…yang kursus pendek pun berlambak nak kena buat…Pengarah nak status terkini sasaran pensyarah pun tak sempat nak buat lagi…sori ek En. Razak, akan cuba disiapkan secepat mungkin…

marking paper yang tak penah nak abih...

memang diakui sangat2 yang keja2 ni tak akan pernah nak abih..setiap ari ada jer pertambahan…cuma harapan aku, dapatlah kiranya menyiapkan segala keja tepat pada masa…tak suka menangguh2 kan keja…

nape susah sangat nak dapatkan kejasama dr orang…bukan aku sengaja nak mintak itu ini, tapi dah memang itu yang sepatutnya dilakukan, kena la buat jugak..aku dah cuba seikhlas mungkin bila buat sesuatu, tp bila jadi mcm ni, sedih tau tak…dah memang itu yang diarahkan, aku ni hanya menurut perintah, cuba sedaya mungkin nak buat ikut yang diperintahkan…tp kalo org lain tak boleh nk bg kerjasama sepatutnya, mcm mana nk buat sumer benda..aku bukan robot yang boleh hendel sumer benda…aku jugak ada hati dan perasaan…apa salahnya kalo ckp bebaik, tak perlu nak menengking depan sumer orang…bukan hobi aku nk mengadap muka orang sepanjang masa, sbb terpaksa la aku buat cenggitu…Ya Allah, tabahkan hati hamba-MU ini…25 thn lebih lagi nk hadap benda ni…mohon kekuatan dari-Mu Ya Allah…