Petang jumaat lepas diadakan satu taklimat akademik untuk sesi Julai 2010 yang dikendalikan oleh KJKK kami iaitu En. Ahmad Muzaffar atau lebih dikenali sebagai En. Appa. Setiap kali nak bermulanya sesuatu sesi pengajian di kolej ini, taklimat mesti diadakan untuk memberi penerangan serba sedikit perubahan atau segala keperluan dokumentasi yang perlu dibuat oleh Pensyarah untuk memastikan sesi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.
Setiap kali sesi pengajian bermula jugak, En. KJKK akan memberi beberapa peringatan kepada semua pensyarah dari segi rekod pendaftaran pelajar, kehadiran, penilaian pelajar dan macam2 lagi. Terdapat beberapa perubahan yang perlu diambil perhatian oleh para pensyarah berkenaan dengan dokumentasi demi untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Sebelum sesi pengajian bermula juga, sudah menjadi tanggungjawab semua pensyarah untuk menyediakan Rancangan Mengajar Semester atau diringkaskan sebagai RMS. Satu RMS untuk setiap kursus yang diajar. RMS juga hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan. Pensyarah juga hendaklah menyiapkan fail FRP iaitu Fail Rekod Pelajar, di mana segala maklumat tentang pelajar sepanjang sesi pengajian contohnya seperti RMS, rekod kehadiran, rekod penilaian berterusan, surat2 alasan mohon cuti pelajar akan diisi dalam satu fail mengikut format yang disediakan. Hukum wajib bg semua penyarah yang terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran memiliki satu fail FRP dengan kod masing-masing.
Untuk sesi Julai 2010, seperti biasa aku akan mengajar Matematik Gunaan 2 iaitu matematik untuk pelajar semester 4. Kelas yang akan menjadi anak didik aku adalah kelas SFP 4 dan STM 4. Diharapkan pelajar-pelajar semester ini dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya sewaktu sesi P&P berlangsung.
2 Comments to “Taklimat Akademik Sesi Julai 2010”
Post comment
Rakan Penaja
Ramadhan
| Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut, PAHANG |
| Ahad ( 05-09-2010 ) |
| Imsak :5:38 |
| Subuh :5:48 |
| Maghrib :19:16 |
Categories
Recent Posts
- I-City Bandar Cahaya di Shah Alam
- Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com
- Ucapan Khas Selamat Ulangtahun…
- 150 juta : Cover Version by Hana Zatie
- Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 & Majlis Berbuka Puasa Kolej Komuniti Temerloh 2010
- Laksa Johor
- Terawih Vs Saf Kanak-kanak
- Keistimewaan Puasa di Bulan Ramadhan
- Selamat Berpuasa
- Lawatan Ke Pusat Sains Negara & Muzium Kesenian Islam Malaysia
JoM bErGosSiP…
Komen Terbaru
- norsaritanaini on Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com
- ery farieha on Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com
- norsaritanaini on Ucapan Khas Selamat Ulangtahun…
- sis on Ucapan Khas Selamat Ulangtahun…
- norsaritanaini on 150 juta : Cover Version by Hana Zatie
Member List
- Aimi
- ApaRasa
- AzmanIshak
- BlogResipi
- Chika
- Ejam Othman
- Iza
- Kak Kujie
- Nad
- norsaritanaini blogspot
- OhMelaka
- Seman
- Yanmie
Login










ann says:
wah sume tekun dgr taklimat en. par bg..
norsaritanaini says:
semangat berkobar2 nak mula sesi baru ann…hehe…