Salam Maal Hijrah 1431 H

SALAM MAAL HIJRAH 1431 H

Salam Maal Hijrah 1431 H
Salam Maal Hijrah 1431 H

Pejam celik pejam celik, esok semua umat Islam di dunia akan menyambut Maal Hijrah yang ke-31. Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431 H buat suami tercinta, En. Mohd Hairulnizam Bin Othman, Ma & Abah & famili di Kelantan, famili mertua & ipar duai di Melaka, famili2 yang dekat2, yang jauh mahupun yang bau2 bacang (bukan belacan yer) dan member2 rapat (aimi, qis, norsiah, iza), member2 sekerja, member2 jauh, musuh2 ketat, musuh2 dalam selimut, penulis2 blog, pembaca2 blog secara terang mahupun pembaca2 gelapku. Pendek kata kepada semua umat Islam seluruhnya.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kita masih berkesempatan dan berpeluang dan diberi nikmat untuk menyambut hari yang mulia ni. Nak2 plak jatuhnya pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Diharapkan agar kita semua akan mendapat keberkatan yang lebih berlipat2 ganda lagi. Semoga esok yang mendatang menjanjikan kebaikan kepada kita semua.

HIJRAH, APA ERTINYA…

hijrah

hijrah_3blog

Seperti yang kita sumer taukan, Maal Hijrah atau Awal Muharram ni merupakan permulaan tahun baru dalam takwim Islam. Sama je mcm yang kita dok sambut tahun baru atau epi new year tetiap tahun tu la kan. Tapi Maal Hijrah ni tak seglamer sambutan new year tu. Mengikut fakta sejarah dulu2, Maal Hijrah bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi.

Dalam konteks lain pulak (ewah2 dah macam cikgu bahasa melayu la plak), hijrah yang aku faham adalah berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Ala sama macam yang kita dok berazam tetiap awal tahun tu la, contohnya berazam nak keja lebih rajin, nak tambah duit banyak, nak jadi seorang yang baik. Azam2 tu semua yang baik2 jer kan, mana de orang berazam ke arah yang buruk2 kan. Ha itulah pengertian hijrah pada aku. Berubah ke arah kebaikan. Berazam pertingkatkan kualiti hidup terutama dari segi agama.

Aku pun sama macam korang2 semua, ada niat untuk berhijrah, hijrah ke arah kebaikan. Nak2 plak tanggungjawab yang makin bertambah, dulu tanggungjawab aku sebagai hamba Allah, sebagai anak kepada Ma n abah, tanggungjawab terhadap famili2 aku je, kini bertambah lagi iaitu tanggungjawab aku sebagai isteri, dan sebagai menantu kepada famili mertua, dan mungkin tak lama lagi tanggungjawab sebagai ibu kepada anak2 ku nanti. Makin bertambah dari sehari ke sehari. Diharapkan aku mampu memenuhi segala tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin dan apa yang aku lakukan mendapat keredhaan dari Allh yang Maha Esa.

AMALAN-AMALAN SUNAT

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

p/s: sumber2 pic ni aku amik dari pakcik gugel tau..link sebenar taktau la plak…sori ek, kredit pd sapa2 yang empunya pic yer…

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *