Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, dah tiga dah anak. Kadang macam tak percaya pun ada, tp itulah hakikatnya. Ini menunjukkan bahawa umur pun dah makin meningkat, tua sudah. Pengalaman mengandung dah 4 kali, tapi takde rezeki, mengandung kali ketiga hanya bertahan pada usia kandungan 3 bulan sahaja. Mungkin itu yang terbaik pada masa tu kan.

Mengandung kali keempat,Alhamdulillah takde rintangan sangat, sangat2 dipermudahkan. Tiada GDM walaupun tiga kali minum air gula. Berat badan pun meningkat pada skala yang dibenarkan. Sakit demam ke memang tiada, alahan mabuk2 pening tu ada lah, formula nak mengatasinya sangat senang, janji cukup makan je. Perut kenyang, takdelah pening-pening.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..eh betul ke pepatah tu..huhu. Di penghujung checkup, 7 November 2017, masa tu minggu ke 36, doktor scan. Kedudukan baby tranverse lie iaitu melintang. Doktor mintak repeat scan minggu ke 37. Masa tu positif lagi. Okey baby still pusing2 lagi kot.  15 November 2017, checkup lagi pada minggu 37. Repeat scan. Kedudukan breech pulak, kepala baby betul2 kat atas, kaki di bawah. Disebabkan mmg awal-awal dah bgtau doktor nak balik bersalin di Kelantan, doktor buat surat utk refer KK/Hospital kat Kelantan utk further checkup.

18 November 2017 bertolak pulang ke kampung. Keesokkannya 19 November 2017 terus gi checkup kat Klinik Desa Binjal. Minggu ke 38 dah masa ni. Dari Klinik Binjal terus refer ke Klinik Kesihatan Labok utk repeat scan pasal breech. Di Klinik Binjal buat checkup macam biasa jer. Temujanji Klinik Kesihatan Labok hari esoknya. Kalo ikutkan sepatutnya khamis, tp disebabkan dah minggu ke-38, misi taknak lengah2 lagi.

20 November 2017, pagi2 lagi dah menapak ke Klinik Kesihatan Labok. Jumpa misi yang bertugas. Cek degup jantung baby n mama, agak laju dr biasa. Rasanya sbb mama lapar tak breakfast lagi. Kena jumpa doktor. Repeat scan lagi, unstable lie. Sekejap kepala di atas, sekejap melintang. Baby aktif gerak2 tp kedudukan kepala still kat atas. So resultnya confirm kena refer hospital yang ada pakar. Makanya pilih Hospital Tanah Merah (HTM) sbb dekat nak ulang alik. Tp sebelum tu kena buat ECG utk cek jantung mama, seb baik result ok. Doktor HTM arahkan terus pergi hospital. Kena naik ambulans, tak boleh pergi sendiri. Nakgi breakfast kat luar pun tak boleh. Ok fine, husband keluar tapau je sementara tunggu ambulans. Ambulans sampai, terus shoot ke HTM. Masuk bilik saringan. Misi siap buat CTG. Result CTG ok, dah ckp sbb mama dia lapar tu degup jantung dia tak ok masa kat KK Labok tadi.

Kali kedua naik ambulans.

Repeat scan dengan doktor pakar. Confirm unstable lie, doktor mintak masuk ward utk pemantauan dlm tempoh 3 hari. 3 hari? Lama jugak tu, masa tu serba salah sangat. Encik suami dah nak kena balik Temerloh sebab cuti dah habis. Takkan dia nak balik semula. Nak ulang alik bukannya dekat. Tanya doktor boleh tak decide terus jer, tak perlu tunggu untuk pemantauan. Doktor tanya balik, puan rasa mcm mana, agak2 baby pusing lagi tak. Dengan konfiden cakap, tak sbb dah minggu ke-38, kalo dia nak pusing, dia dah pusing sebelum tu. Doktor tu mintak masa nak bincamg dengan doktor pakar lain. Lepas tu dia datang balik mintak pilih tarikh utk czer. Berdasarkan kekosongan kami ilih tarikh 22 November 2017, tp doktor tu bagitau yang tarikh tu adalah utk kes emergency sahaja. So kalo tkde kes emergency, proceed tarikh tu, kalo tak kena pilih tarikh lain. Doktor bagi balik semula, tapi check in ward keesokkan harinya iaitu 21 November 2017.

Pergi semula HTM pada 21 November 2017 utk daftar masuk ward. Petangnya doktor pakar bius dtg utk amik tandatangan. Dan dtg lg doktor yang sorang lagi utk tandatangan persetujuan operate dan pindah darah jika perlu. Pukul 2 pagi start puasa. 22 November 2017, pagi2 lagi misi dah pasang tiub kencing. Sangat tak selesa. Tunggu punya tunggu, alih2 tak jadi czer ari tu sbb bilik OT penuh dgn kes emergency czer. Kecewa sangat, menangis bagai nak rak sbb mcm2 rasa, nak marah pun ada sbb seharian puasa, dengan tak selesa tiub kencing lagi..alih2 tak jadi operate. Doktor cakap esok plak baru czer. Tak pasal2 doktor yang datang bagitau tak jd czer tu kena marah.

Bila masuk ward, benda ni paling tak suka termasuk kena pakai tiub kencing tu.

23 November 2017, puasa lagi. Pagi2 misi suh tukar pakai baju operation, pastu pakai tiub kencing lagi. Tanya misi, confirm ke operate ari tu, dia mcm tak pasti tp katanya nama dah ada dlm OT list. Kul 10 pagi, ada sorg patient ditolak ke bilik OT. Lepas tu tetiba nama disebut-sebut. Ok, betul bilik OT dah panggil nama Norsaritanaini Mahasan. Kelam kabut misi siapkan. Dah settle terus ditolak ke bilik OT. Sempat jumpa husband sekejap sebelum masuk ke bilik OT. Banyak benda nak ckp tapi tak tercakap. Masa tu macam2 rasa ada. 1st time nak kena operate kan, lain macam sikit rasanya, takut pun ada. Doa zikir tak putus2.

Ditolak ke Dewan Bedah.

Dalam bilik OT, doktor prepare apa yang patut. Sejuk giler sampai gigil2. Kena bius. Sakit betul injection tu walaupun sebelum ni pernah rasa dah suntikan tu. Pukul 10.23 start operation. 10.53 baby keluar. Menitis air mata dengar baby nangis. Pukul 11 lebih siap operation. Dalam kul 12 dah masuk ward semula bersama-sama dengan baby. Lepas 6 jam baru boleh bangun, husband takleh tunggu. Still kena sambung puasa. Dudukla kat ward dalam keadaan terbaring dengan baby di sebelah. Seb baik tangan kuat jugak la masa tu. Baby sekejap tido sekejap bangun, gagahkan bg susu sambil baring. Pening mual nak muntah semua ada. Tahan je.

Fresh from oven..

4.30 petang baru husband boleh masuk. Mintak dia pegangkan baby sekejap. Masih belum boleh bangun. Terlelap sekejap. Ma, abah dan adik2 pun datang dalam 5.30 petang. Dah boleh bangun masa tu. Tapi tak boleh bangun lagi, pening sangat2. Kena sambung puasa sehingga kentut. Air kosong je boleh minum. Malam tu ma teman di ward. Baby asyik nangis sbb lapar. Susu belum ada sbb kena puasa lagi. Semalaman tu sekejap2 je lelap. Masih pening tak boleh bangun. Stress dengan sorang staffnurse yang asyik membebel je. Dia dok marah sbb baby nangis. Dia kata kita tak pandai susukan anak. Padahalnya susu takde lagi masa tu. Ma amik nak ribakan baby, dia marah jugak. Dia kata jangan ajar riba baby, nanti nak kerja susah. Memang dok menahan telinga je dr malam sampai la ke habis shift dia.

24 November 2017, dah boleh makan sebab dah kentut. Tiub kencing dah dibukak. Gagahkan diri bangun bersihkan badan. Tak de penjaga sehingga waktu melawat. Alhamdulillah diberi kekuatan. Baby pun tidur je ari tu. Dapatlah rehat sikit. Susu badan pun dah bertambah.

Hari kedua.

Daiyan Iffat tengah lena tidur.

Disebabkan czer, kena stay ward utk tempoh 3 hari kalo takde masalah. Rutin harian pagi petang kena cucuk heparin kat bahu. Nanti cerita kemudian pasal kisah heparin ni. Husband, adik, ma n abah dok ulang alik datang kat ward. Kesian jugak sebab masa tu asyik hujan lebat jer. Akhirnya 26 November 2017, boleh discharge dah. Makanya bermula la episod checkup di Klinik Kesihatan Labok hari-hari.

Okey itulah pengalaman bersalin untuk kali ketiga ni. Sebelum ni dua2 anak bersalin secara normal, yang kali ketiga czer. Agak mencabar jugak la rasanya bersalin czer ni bagi saya. Penjagaannya kena lebih teliti berbanding dengan bersalin normal. Tapi dah itu ketentuannya. Mungkin ada hikmahnya kan. Alhamdulillah, yang penting semuanya selamat.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.