American Chocolate Cake

Assalamualaikum..

Hari ni nak share resepi kek coklat yang sangat best dan senang nak buat…resepi saya amik dari blogresipi…rugi tak cuba tau…sedap sangat..bukan nak puji diri sendiri, tapi TERpuji plak…hehe…terasa kenikmatan coklatnya..sangat sesuai utk penggemar coklat mcm saya ni…tapi nasihat saya, kurangkan lah sikit gula untuk kurangkan manis…tak baik tuk kesihatan…tambahkan manis dalam senyuman…hehe

American Chocolate Cake…ready dipack utk bawa balik ke rumah mertua…***abaikan kecomotan topping itu…hehe

kek setelah dipotong…***kualiti gambar tidak memberangsangkan, namun keknya tetap sedap..puji lagi…hehe

Resipi American Chocolate Cake

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan serbuk koko*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 tsp esen vanila
  1. Ayak bahan * sekaligus.
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. Saya guna blender je, pemukul takde..
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.

Resipi Ganache/Topping

  • 1 tin susu pekat – boleh kurangkan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/3 cawan serbuk koko (akak guna Van Houten)
  • secubit garam
  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak.
  2. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker.
  3. Masukkan garam dan esen, kacau.
  4. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.

p/s: resepi di atas dah diubahsuai sikit2 mengikut kehendak hati saya…selamat mencuba…hehe

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *