Ayam Bakar Bermadu Kasih

Ayam Bakar Bermadu Kasih, menu masakan untuk hari ini…resepi cubaan tuk kali kedua…nama resepi tu suka suki aku je nak letak…sedap sikit bunyi nyer kan…hehe…

Sejak menjadi surirumah sepenuh masa sempena menghabiskan baki cuti 90 hari ni kan…setiap ari la kena msak…jenuh jugak nak memikirkan nak masak apa…tp nasib baiklah encik suami jenis tak banyak songeh..makan apa adanya…sedap ke tidak pun dia terima je…kebanyakan masak simple2 je..maklumlah bila dah ada anak ni…nak kena terkejar2 sikit…kalo dia dah bangun tido, nak masak pun tak senang hati jadinya…biasanya masak waktu dia tido…kalo pagi..pagilah start masak…paling banyak masak 2 jenis hidangan je pun…itu pun dah kira ok kan dari makan kat luar…hehe…

Sangat mudah nak masak ayam ni…perap dan bakar jer…supaya tak lupa nanti mcm mana nak buat, aku catitkan kat sini la resepinya…kakak ipar pun ada bertanyakan resepi ni…1st masak masa dorang datang tgk Haq ari tu…

Bahan-bahan:

  • ayam (1 quater)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar madu
  • 2 ulas bwg putih
  • 3 hirisan besar halia
  • 2 sudu besar cili kering

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan perapan dengan ayam yang telah dibersihkan.
  2. Perap selama mana yang disukai..lagi lama lagi sedap..
  3. Bakar dan hidang.

You may also like...

6 Responses

  1. Amir Said says:

    Sedapnya. nak try la nanti.

  2. topo says:

    menyesal bukak post ni.. perghhhh

  1. 15/01/2017

    […] ayam bakar bermadu kasih menu masakan untuk hari ini hellip resepi cubaan – Source […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *