Ayam Bakar Black Pepper

Ayam Bakar Black Pepper

Resepi yangmat senang dan hasilnya agak menyelerakan…jomlah cuba…1st trial masak ni masa buat jamuan raya ari tu…check it out!!!

Bahan untuk ayam:

2 keping dada ayam (beli yang dah siap pootng jer..senang)
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 ulas bawang besar * ( bahan* dikisar halus)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus, nak guna serbuk yang dah siap pun ok jugak)
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos lada hitam
Garam secukup rasa

Cara Penyediaannya…
Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas. Masukkan ayam dan perap selama 3 – 4 jam. Lagi lama lagi bagus..pastu bakarlah ayam..cara nak bakar terpulang pada anda semua…mcm sy, bakar dulu dalam kuali, pastu bakar terus di atas api gas yang perlahan..sbb sy suka ayam bakar tu garing2 sikit…nak bakar guna oven, oven tkde…kalo nak bakar guna oven, bakar pd suhu 180 darjah selama 30 minit atau sehingga ayam masak. Yang lebihan perapan tadi, saya masak sehingga pekat n jadikan sos…tkdela membazir yer tak…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *