Bekerja lah kita…

sangat jeles dengan setengah2 orang yang boleh berehat panjang masa cuti sem ni, siap bleh cuti seminggu terus…bukan jeles yang jahat tau…jeles yang baik punya…hehe…aku pun ingatkan time cuti sem ni, dapatla aku buat keja secara santai sikit, niat di hati nak marking sumer paper student yang dh tinggi menggunung, last2 tak sempat pun nak wat kat opis…

keja2 berkenaan dgn kursus pendek yang perlu dibereskan...

hari2 kena uruskan pasal kursus pendek yang taknah abih…terpaksa curi masa di malam hari tuk marking paper, tapi faham2 jerla kan, badan dh penat bekeja di siang hari, malam hari toksah citerla tahap kepenatan tu..paling2 boleh bertahan pun sebelum kul 11 malam…kalo selepas kul 11 malam tu, mata memang dh berat semacam…nak bukak pun tak boleh dah…dahla start 20 april sampai 18 mei ni ada audit P&P, nak kena setelkan sumer pasal rekod kehadiran dan rekod permarkahan berterusan pelajar…matila mcm ni…yang kursus pendek pun berlambak nak kena buat…Pengarah nak status terkini sasaran pensyarah pun tak sempat nak buat lagi…sori ek En. Razak, akan cuba disiapkan secepat mungkin…

marking paper yang tak penah nak abih...

memang diakui sangat2 yang keja2 ni tak akan pernah nak abih..setiap ari ada jer pertambahan…cuma harapan aku, dapatlah kiranya menyiapkan segala keja tepat pada masa…tak suka menangguh2 kan keja…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *