Bengkel Penetapan OS dan CAPs Pembelajaran Sepanjang Hayat di Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson


11 – 12 Nov 2010 aku ke Port Dickson untuk menghadiri Bengkel Penetapan Objektif Strategik (OS) dan Petunjuk Prestasi Utama Projek Agenda Kritikal (CAPs) bagi Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Politeknik dan Kolej Komuniti yang bertempat di Avillion Admiral Cove Hotel setelah ditugaskan oleh Tuan Pengarah, actually aku rasa sepatutnya Ketua Jabatan a.k.a bos aku yang patut pegi…masa sampai sana, tgk mcm sumer KJ2 n TP je yg hadir…dah gabra dah masa tu kan…patutla dpt bilik giler best, tip top la kan…memang bukan rate tuk gred pegawai mcm aku ni la rasanya…

lepas je check in, aku terus ke bilik almaklumlah aku sampai awal, kul 12 tgh dh sampai…bengkel mula kul 3.00 petang…kiranya sempat la nk rehat2 dulu kan…masa masuk je bilik, terpegun jap..jakun gakla kan…selalunya dpt bilik biasa2 je kan..kali ni dpt bilik selesa betul..dah la dianya interior design sebijik mcm yg aku dan encik suami impikan…tema putih dan hitam ala2 nk kelabu sikit…duduk sorang plak tu…apa lagi, terus call encik suami…suh dia dtg menemankan si isteri kesayangan…khamis malam jumaat..ehem..ehem…
cuma yang agak pelik sikit, dia nyer cafe n bilik seminar kat bangunan lain, nak kena jalan jauh sikit…dr lobi kena turun bawah then keluar menyusuri jalan yang tepinya mcm teluk yg siap de jeti gitu…pastu ada tempat kapal2 parking..pergi ke bangunan sebelah..kalo ujan memang bleh basah la kan…bengkel tu diadakan di bilik Commodore I..mcm pelik je nama bilik seminar tu…

Bengkel tu bermula dengan taklimat ringkas, lepas tu perbincangan kumpulan dan kemudiannya pembentangan…tkyahla nk citer lebih lanjut pasal bengkel tu kan…wat memeningkan kepala aku yang sememangnya pening…senang2 ikut je arahan dari orang atasan…saya yang menurut perintah…hehe…
selebihnya ni la keja kami kat sana…mula2 keseorangan je…tapi lepas tu dah jumpa geng plak..takde la terkontang kanting tidak berteman kan…Kak Zura dari Politeknik Hulu Terengganu, Naja dari KK Sungai Siput dan KakZu dr KK Bandar Baharu..sempat gak berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing terutama pasal kursus pendek…memang takleh blah, mana je aku pegi..kursus pendek memang takkan dilupakan…memang sepanjang hayat betul la kan…huhuhu…
kk

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *