Berat Naik Lagi…

Hari ni checkup utk yang kali ke berapa tah…seawal klinik belum bukak, dah terpacak menunggu di depan…tp aku kan professional, malas nak berebut2 dgn bakal2 ibu yang lain…dorang sumer berebut nak letak kad paling awal spy boleh balik cepat…aku plak mcm dah boleh baca giliran kat sana cam mana…ko pergi la awal camne pun, bakal2 ibu yang kena minum air gula yang akan dapat giliran dulu…so kena tunggu jugak kan…ari ni plak, sistem checkup dah berubah…bakal2 ibu dibahagi mengikut kawasan masing2..dan aku dikategorikan dalam kawasan D…macam makan masa jer banding ngn sistem dulu…tp tak kisahlah kan..janji checkup berjalan lancar…

Bila timbang berat..alamakkkk, berat naik lagi..dah sama mcm berat sblm puasa ari tu…dlm bulan puasa, berat turun mendadak disebabkan asyik muntah2…kali ni plak dah naik balik, seb baik tak kena marah ngn nurse…tp alhamdulillah, sehingga ke hari ni, selama gi buat checkup, tak penah lagi kena marah atau paling tak pun kena bebel..sumer nurse ckp elok2 je…even berat naik, dorang cuma bg nasihat spy kurangkan makanan berkarbohidrat…takut nanti kena minum air gula plak…

Actually mcm susah je nk kontrol berat badan ni kan…lepas raya ni asyik selera nak makan je…perut asyik rasa lapar lebih kurang setiap jam sekali…nasi hampir 3 kali sehari, pagi, tengahari dan malam…tp tkdela amik banyak sgt pun, kuantiti still normal mcm dulu2…cuma maybe sebab kekerapan mengambil makanan lain yg menyebabkan berat badan naik…dahla jenis mudah naik badan…next 2 minggu kena gi timbang lagi..kalo berat naik melebihi 1 kg, konpem next appointment kena minum air gula…owh tidakkkkk…yang paling nak dielakkan selama ni adalah minum air gula…scary betul rasanya…

Kena kuatkan usaha ni, kurangkan makan nasi…nk stop terus mmg tak dpt la kan…dan akan cuba kurangkan makanan selingan yang lain, taknaklah ada masalah kemudian hari kan…cuma satu je skang ni yang paling dirisaukan, asyik nk minum air berais, pagi2 dah minum ais..even air kosong pun nak yang sejuk..minum air sejuk hilang sikit rasa loya2…kalo minum air panas atau air sejuk biasa, loya2 mcm tak nak ilang…risau jugak kalo asyik minum ais jer kan…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

1 Response

  1. ej@m says:

    nak buat camner kan selera tengah ada, ganti balik selera yg hilang time puasa hari tu…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *