Bermadukah Aku…

pura2 wat taktau org nak amik gambar dia...hehe

cepah 2

org suh dia senyum...dia buat muka hodoh cam tu..konon comel la tu kan...

ha kan senyum mcm ni la lawa...

Dialog 1

Budak Cute: ” Ini laki aku”, tangan  erat memeluk leher Lelaki Kacak itu. Matanya tepat memandang si Kakak Manis.

Kakak Manis: “Laki aku ar”, terus meluru memeluk Lelaki Kacak dr depan. Satu ciuman dihadiahkan ke pipi si Lelaki Kacak.

Budak Cute: “Oiii, laki aku lerrr”, terus mencium pipi si lelaki kacak, tidak mahu kalah.

Kakak Manis: : “Arghhh, laku aku lerrr”, satu ciuman lagi hinggap di pipi si Lelaki Kacak.

Budak Cute: ” Laki akuuuu”..satu ciuman di mulut si lelaki kacak..

Kakak Manis terkedu.

Dialog 2

Sedang bersantai-santai di depan TV..si Kakak Manis ingin mengusik si Budak Cute..kebetulan si Kakak Manis duduk di sebelah Lelaki Kacak..

Kakak Manis: “uiksss, dik, ni laki aku”..sambil memeluk dan menghadiahkan ciuman ke pipi si Lelaki kacak…

Budak Cute : laki kau kerrr?, dengan muka selambanya…

Si Kakak Manis terkumat kamit tak tau nak cakap apa…

ha korang baca la dialog2 kat atas…tu antara dialog antara kami bertiga, aku, encik suami dan cepah..cepah ni dr kecik lg dok melepak kat umah kitorang kat melaka tu..dh jd mcm keluarga angkat dah…father in law dah anggap mcm anak dia sendiri…budak ni cerdik sangat…cepat pandai kalo org suh buat apa2..di usia dia skarang ni pun dah pandai berdikari…banyak benda dia buat sendiri jer…

cuma satu yang aku tak gemar, dia agak degil tak dgr ckp…terlalu manja pun ada jugak…kat taman tu, ada 3 rumah yg menjaga dia..nenek dia yg betul, nenek sedara dia n family kitorang…bila dh banyak tangan yang mengasuh, mcm2 style ada kan..agaknya tu sbb dia jd cam tu…tp tak kisah la kan…suka kaco dia sbb mulut dia petah berkata-kata…kalo aku tak kaco dia, dia yang akan kaco aku dulu…yg paling dia suka buat, dia peluk encik suami, then ckp kat aku, “ni laki aku”..tak padan ngn kecikkkk…

itulah cepah, penghibur di kala kesunyian…mmg sunyi kalo dia tkde…dgr kata mak dia dah nak amik dia tinggal ngn mak dia…mak dia tak duduk kat taman tu..dah susahlah nk jumpa cepah lepas ni…mesti kitorang rindukan dia…cepah oh cepah…

You may also like...

2 Responses

  1. ijan says:

    Mak aii pandainye… kicik lagi orangnye tu.hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *