BLOGGING TENGGELAM TIMBUL

Assalamualaikum semua.

Betul2 tema tenggelam timbul blog ni kan. Sekejap update, pastu lama hilang, pastu muncul semula. Bukan tak ingat, bukan tak minat, tapi takde masa. Kehidupan sekarang sangat2 lah bizi sehinggakan tak sempat nak mengarang walau sepatah ayat. Tipu sangatkan. Kat FB boleh pulak update sentiasa. Time cuti ni la, kalo time kerja, nak hadap FB pun kena curi2 masa.

Tiba-tiba petang tadi teringat pulak nak update blog ni, tanya suami hidup lagi ke tak blog tu, katanya still hidup lagi. Makanya marilah kita hapdet sesuatu. Dalam kepala ni banyak nak masukkan dalam blog ni, orang taknak baca pun takpe, tapi mana tau esok2 dah tua, dah pencen (kalo umur masih panjang), boleh baca entri kat blog ni sebagai mengimbau kenangan lalu.

Bila dihitung2, rupanya dah lebih 10 tahun terlibat dalam dunia blogging ni. Mula2 start blogging guna blogspot.. Sampai sekarang blog tu dok ada lagi, http://norsaritanaini.blogspot.my. Masa kat sini, memang rajin update blog, hari2 update siap kadang2 tu tulisan kaler2 lagi. Suka guna blogspot sbb boleh fancie kot, gigih study kod mcm mana nak buat, bila encik suami hadiahkan Norsaritanaini.Com, guna wordpress, terus jadi macam kekok nak update apa2, tau buat entri je, nak tukar theme pun suh encik suami yang buatkan. Kita suka theme yang ceria2 n kalerpul..hehe.

Blog lama…kalerpul kan..

Blog sekarang…kaler pink kat tajuk, encik suami la ni yang buat..hehe

Okey lepas ni nak cubalah untuk update blog sentiasa. Kita cuba okey. Kena stop dulu, anak kecik dah berbunyi tu..see, dr zaman bujang sehingga ke zaman anak tiga dah we, lama kan. Ketemu lagi nanti. Bye.

You may also like...

1 Response

  1. Joe Labu says:

    padu blog ni tema pink putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.