Haq’s Journeys Of Life ~ Bright Child Specialist Clinic

Assalamualaikum…

Masa balik Melaka ari tu, sempat bawak Haq pergi klinik Bright Child Specialist di Cheng Mutiara…gara-gara sehari sebelumnya terdapat kesan tompok warna merah seakan-akan darah pada lampin pakai buang Haq…kalo ikutkan sebelum ni pun pernah ada tanda spot mcm tu tp ingatkan tindak balas lampin tu sendiri…tp disebab pagi dan tengahari ada spot tu, makanya aku dan encik suami decide bawak dia jumpa specialist terus…risau gak kan…pastu dah alang2 bawak jumpa pakar, cek sekalilah perut haq yang selalu berangin dan kembung…dan juga kadang2 ada bunyi kahak kat leher dia…

So far mcm best jer gi klinik ni…staf ok ramah tamah, doktor yang lemah lembut dan soft spoken, suasana klinik yang menarik, ceria dan menyamankan…dan yang penting harga berpatutan…rasanya mampu untuk semua golongan…so jangan risau pasal harga kalo nakgi cek pakar yer…ari tu kami suh doktor tu cek 3 perkara, perut kembung, kahak dan tompok merah pada lampin pakai buang…kos cuma RM39 tuk semua sekali termasuk untuk ubat perut berangin…kira oklah kan…

Bila dah cek, tuk kahak doktor cakap normal, sebab baby blm pandai nak buang sendiri…akan hilang sendiri nanti..so dia tak kasi ubat…utk tanda merah tu plak, bukan darah sebaliknya protein kristal yang terhasil akibat penyusuan susu ibu sepenuhnya (nanti nak citerkan lebih lanjut berkenaan hal ni)…yang pastinya perut Haq memang kembung…so dia cuma bagi ubat untuk hilangkan angin iaitu Dentinox Infant Colic Drop…tapi si Haq ni dah pandai dah…tkmo makan ubat…dah puas suap guna picagarikan, dia palingkan muka dia ke kiri n kanan…pastu kalo masuk dalam mulut pun dia luah balik…ish2..susah nak makan ubat nampaknya…tp disebabkan taknak terlalu bergantung pada ubat, kami beri dia minum Gripe Water…so far Alhamdulillah..dia senang buang angin…asyik kentut jer…tp nak bg Gripe Water ni agak bercinta jugak lah….kat bawah de sikit pic yang diambil  masa kat klinik…layannnnzzzzzz….

Bright Child Specialist Clinic

suka decoration klinik ni…colorful..

muka bosan…

menarik…

menunggu giliran…

cek kahak…

cek perut lak…

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *