Bubur Biji Delima

Biji delima yang dah siap.

Assalamualaikum.

Biji Delima Viral???

Dah viral ke, kita taktau pun sebelum ni. Ada kawan ni share kat FB cara-cara buat Biji Delima. Bila tengok bahan, guna tepung ubi kayu. Ha apa lagi, memang tgh mencari-cari makanan apa yang boleh buat guna tepung ubi kayu. Al kisah beli tepung ubi, sbb nak guna untuk kurangkan merah2 bawah leher Iffat. Sangat mujarab tau. Letak sekali pun, dah hilang merah2. Boleh elak dari melecet. Nak beli sikit tak boleh, kena beli yang paling sikit pun 500 g kan. So taknak la membazir tepung tu. Bahan-bahan lain pun sedia ada di rumah. Terus masuk bersilat kat dapur. Gambar keseluruhan bahan tak amik pun.

Bahan-bahan nak buat biji delima:

1/2 cawan tepung ubi kayu

1/4 cawan air suam

1 sudu besar tepung jagung

Pewarna (ikut suka) merah paling cantik sebab biji delima kan merah

Cara-cara nak buat:

Bancuh tepung ubi kayu dengan air suam sampai sebati.

Tepung ubi kayu dan air suam

Siap dibancuh.

Sementara tu, sapukan tepung jagung pada tisu dapur yang dilapis-lapis, saya guna 4 helai tisu. Tisu tu sy letak atas chopping board je.

Tepung jagung pada tisu.

Tuang bancuhan tadi ke atas tisu yang disapu tepung jagung.

Siap tuang atas tisu.

Biarkan sekejap supaya permukaannya kering. Dalam 15 minit macam tu dah ok dah. Air akan meresap ke dalam tisu tadi.
Dah kering, boleh sapu pewarna yang digemari.

Proses mewarna tepung tadi. Dah macam melukis pulak.

Lepas dah sapu pewarna, biarkan kering sekejap. Lepas tu boleh potong kecil-kecil. Saya potong dalam ukuran 1 cm x 1 cm, kalo rajin, nak potong lagi kecil pun lagi bagus. Sementara tu didihkan air siap2.

Potong dalam ukuran 1 cm x 1 cm

Lepas siap potong, terus masukkan ke dalam air yang mendidih, rebus sehingga doh td masak. Tanda dah masak, yang putih kat dalam tinggal kecik je.

Dah masak.

Dah masak, angkat masukkan dalam air sejuk. Biji delima dah siap, so boleh prepare untuk kuahnya. Guna susu cair dan gula melaka.

Biji delima yang dah siap.

Buat juga yang warna hijau. Nak buat warna kuning takde pewarna pulak.

Bubur biji delima yang ready to eat.

Bubur biji delima

Bubur biji delima, anak-anak suka. Bertambah-tambah makan. Rasanya yang gummy tu jadikan rasa tak puas kunyah. Kunyah sebiji nak kunyah lagi dan lagi. Tapi saya rasa, guna santan lagi best banding susu cair kot. Boleh buat lagi lepas ni.

Terima kasih Iffat yang sangat memberi kerjasama masa mama buat biji delima ni. Baik je dia.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.