Butterflies In My Stomach

Gambar sekadar hiasan (bukan perut sy yer..huhuhu)

tajuk dlm bahasa omputeh, memang takleh blah…dahla cam tkde kaitan sangat ngn entri..tp ada sipi2 la jugak…”butterflies in my stomach” apabila diterjemah kepada bahasa melayu nenek moyang kita makanya memberi erti “rama-rama dalam perut”..hah, giler ke apa, rama2 dok dlm perut…sapa pulak suh ko telan rama2 kan…ish..ish…

oh tidak…itu perumpaannya sahaja…rama2 dlm perut jika dibayangkan rama2 sedang berterbangan…sangat indah bukan…tp terbang dlm perut taktau la nk ckp indah ke tidak…tp dah dok terbang2 tu, macam indahla jugak tuh…dengan erti kata lain mencerminkan kebahagiaan atau keseronokan…

yer, aku memang bahagia, aku memang seronok..sebabnya esok aku akan bercuti sehingga Jumaat ni dan akan pulang ke kampung halaman di Kelantan…sudah lama rasanya tidak pulang ke kampung walaupun tidaklah sampai sedekad…tapi setiap kali mahu pulang ke kampung, perasaan bahagia dan seronok memang akan terbit dalam hati dan minda…ada ke yang tak bahagia dan seronok bila balik kg ek? tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darah kan…

tetapi dalam kegembiraan dan keseronokan dan kebahagiaan, terselit jua sedikit kesedihan kerana sekepulangannya aku ke kampung kali ini berseorangan tanpa ditemani encik suami tercinta…encik suami tak dapat nak cuti berlama-lama macam puan isteri…makanya terpaksa dalam rela, puan isteri pulang seorang diri…harap ditabahkan hati…sayu hati ini meninggalkan suami nun sememangnya sudah jauh di mata (PJJ kan)…tapi dekat di hati…alahai sweetnya kan…huhuhu…

Sepeninggalan lewat beberapa hari ni (6 hari lebih kurang), blog ini bakal bersawang la nampak gayanya…sangat sedih la plak…tapi sekiranya peminat2 ai (ada ke? huhu), pembaca2 sunyi ai, pengunjung2 ai dan sesiapa sahaja yang sama ada secara sengaja atau tidak, tersinggah atau menyinggah di blog ini, makanya dengan ramalan kaji cuaca menyimpulkan dapatlah mengelakkan blog ini dari bersawang..makanya lagi, tersangatlah ingin hamba berpesan, sudi2 kan diri menyinggah di sini…hehe…

p/s 1: tak sangka betul, ada jugak pic/ images berkenaan dgn butterflies in my stomach, td cam main2 je gugel guna word tu..sangat kagum dgn dunia hari ini…

p/s 2: tapi jangan kecewa sangat yer kalo blog sy ni hanyalah sebuah blog yang kadang2 suka merapu merapan ikut sedap hati sendiri…tujuannya cuma satu iaitu menghiburkan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang merasa terhibur…

p/s 3: doakan perjalanan sy selamat.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *