Cekmek Molek

cekmek molek

 

Bahan-bahan:

  • 4 – 5 biji ubi keledek (saiz sederhana)
  • gandum – secukupnya
  • Inti : gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Rebus keledek sehingga lembut dan kupas kulitnya.
  2. Tumbuk atau lenyek selumat-lumatnya dan kemudian campurkan gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tapi jangan terlebih gandum, nanti cekmek akan jadi keras.
  3. Bulatkan doh kecil2 dan leperkan dengan tangan, kalau melekat taburkan sedikit gandum di tangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Gula mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak manis, letak sedikit sahaja.
  4. Goreng dan minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

sedap dimakan bersama kopi panas di musim hujan ini...

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

5 Responses

  1. ej@m says:

    sedapkan…nyum2..

  2. yanmie says:

    Pernah buat, tapi inti kelapa/udang kering tu, sedap, nanti nak buat lagi lah, dah berzaman tak buat hehee 🙂

  3. Oh! budu says:

    wah.. suka2.. dah lama x makan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *