Cerita Basi: Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Perkara : Program Khidmat Komuniti Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 H/ 2011 M

Tempat: Masjid Taman Tualang  Indah, Mentakab

Tarikh: 27 Februari 2011 (Ahad)

cerita ni dah lama, cuma tkde masa nk berblog..ni pun tah nape, nk jugak corat coret biarpun ringkas..tertangguh dr lepas program sampai ke hari ni, dah nak sebulan dah kan…tp tkpela, sekurang-kurangnya buat jugak kan…banyak lg cerita basi yang akan menyusul kelak…sekadar nk berkongsi dengan semua dan sebagai kenangan diri sendiri.

program ni yang pertama diuruskan oleh aku…dan yang pertama dibuat di kolej…sebelum ni KKTM belum pernah buat majlis sambutan Maulidur Rasul ni…program ni agak ad hoc jugaklah, rasanya dlm masa 3 minggu kot dr tarikh kertas keja dibuat, diluluskan n dilaksanakan…Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kerjasama dari pelbagai pihak, program ni berlangsung dengan jayanya…walaupun ada certain2 time n perkara membuatkan aku rasa mcm nk give up…InsyaAllah program ni nnt akan jd program tahunan pulak…bangga je rasanya menjadi perintis…hopefully, program ni boleh diperbaiki supaya lebih sempurna dan bertambah meriah…

berkumpul di hadapan masjid untuk memulakan perarakan...

kontijen-kontijen perarakan mengambil tempat masing2..sgt bersemangat...

geng biru dari Kolej Komuniti Temerloh...

geng paling semangat...jiran wanita KRT taman...

geng merah dari pelajar-pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian...

persembahan "bidan terjun" dari jiran wanita KRT...

bacaan Rawi dari Ustaz Muhammad, Pengerusi Masjid Taman Tualang Indah...

sesi penyampaian hadiah dan cenderamata...

makan-makan time...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *