Cerita Raya

Cerita Raya

Cerita Raya

Salam Syawal yang ke-27…hanya tinggal beberapa hari sajer lahi Syawal akan meninggalkan kita..entah sempat entah tidak untuk ketemu lagi tahun berikutnya…macam sekejap sangat masa yang berlalu sehingga tak terasa peralihan waktu…terlalu banyak perkara yang harus dikejarkan, sehinggakan sepanjang Syawal ni, langsung tak sempat nak update blog…bercuti lama di kampung tidak memungkinkan diri untuk online memandangkan cikmeksis tidak berupaya mencari signalnya sendiri…tapi bila berada di kampung bersama encik suami, tak online pun takpe…hidup memang tak akan rasa sunyi langsung…cuba kalo mcm sekarang yang berjauhan dengan dia, tup2 cikmeksis lak wat hal..kat kolej pun server down…mau meronta jiwa raga tak dapat online…hidup mesti tak senang punya lah…eh panjang pulak intro…konon nk citer pasal raya yang dah nak abih raya ni..terbebel ke benda lain plak…

Raya tahun ni still bermakna mcm tahun2 lepas jugak, lagi tambah berseri beraya dengan encik suami di kampung halaman nun indah di sana…bersama sanak keluarga dan sedara mara…susah nk gambarkan mcm mana perasaan bila dapat beraya dengan orang tersayang, sangatlah gembiranya…even skarang ni suasana raya tak macam dulu2 masa kita zaman kanak-kanak…skarang ni nak tengok budak2 datang rumah collect duit raya dah tkde tau…duit raya tak luak pun…kalo kita dulu2, orang tak sempat nakgi sembahyang raya, kita dah terpacak kat depan umah ramai2..tkde dah misi lain melainkan  misi mengumpul duit raya terbanyak…

Pastu bila meningkat umur jadi anak dara sunti, dah segan plak nk ke hulu ke hilir memohon duit raya…makanya lepas jer smayang raya, duduk jela di rumah melayan tetamu, sampaikan dah naik jemu jadi tukang buat air ngn tukang cuci pinggan mangkuk…tp sekarang, puas berjemput baru datang rumah..air pun dah tak perlu buat dah, beli je air bergas yang bermacam2 kaler dan perisa..bermacam-macam jenama yang boleh dikatakan murah…senang dan cepat…bukak penutup, terus tuang dalam gelas…tak perlu nk kacau gula lagi..sangatlah tidak sihat itu minuman tau…

Sangat rindu ngn suasana raya macam dulu-dulu…tapi nak buat cam mana…peralihan zaman merubah segalanya…sebab tu skarang ni dah tak kisah, raya ke tak sudah tak berapa penting…yang paling penting bila boleh berkumpul dengan keluarga…raya tahun ni di Kelantan, InsyaAllah tahun depan akan raya di Melaka…boleh cuba suasana beraya di rumah mertua plak..

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. Luth Textile says:

    oh raya di kelantan.. mesti meriah kan.. btw ni raya 1st dgn husban?

  2. raya puasa yang 1st…raya haji thn lepas dh raya dah ngn husben…sbb kawin lepas raya thn lepas…hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *