Cuti-Cuti Malaysia

CNY lepas, aku bercuti panjang..bermula dr ari Jumaat, 12 Februari 2010 lagi…mlm jumaat kul 12.30 malam, dah bergerak balik ke Kelantan ngn encik suami…dia yang nak drive lewat2 malam sbb tol LPT free malam tu…kalo ikutkan aku, pg esoknya pun okey sebab dh tau sangat konpem aku akan mengantuk…memang sah aku tertido…hehe…

sesampai di Kelantan jam 7.30 pagi…tersangatlah awal…mcm best je bila dh sampai kg…lama betul tak balik…encik suami terus pengsan, penat la tu…kesian dia, drive sorang2 kan…aku pun ngantuk jugak, tp mcm biasa lah bila dh kat umah sendiri mcm banyak benda nk dibuat…sembang apa yang patut dulu ngn anak2 buah aku…barulah bleh rehat, tu pun sekejap2 je…encik suami bangun dah hampir nak kul 12, tu pun sbb aku yang kejutkan dia, aku nk bekfas sbb kelaparan tunggu dia bangun…

seharian tu kami kat rumah je…kepenatan masih terasa, aku habiskan masa dengan tido je petang tu..pastu bangun melantak pulut kuning yang mak aku buatkan khas untuk anak kesayangannya ini…hehe…sayang ma dengan amat banyaklah…

Shopping2 di Rantau Panjang

hari kedua, aku n encik suami ke Rantau Panjang…encik suami nak shopping katanya…memang umpama pucuk dicita, ulam mendatang la…bab shopping ni memang aku tak tolak la kan…tp kat sana, ramainya umat…nak cr parking je dah hampir sejam…best betul meronda2..mula2 window shopping dulu, pastu baru shopping sakan…memang bleh rambang mata kalo kat sana, sumer benda rasa cam nak rembat je, kalo bab baju2 ni toksah citer la kan…banyak betul pilihan…kelabu mata tengok…duit pun macam air je keluar…huhuhuhu…

dok kat sana umpama mcam taknak balik dah, dah hampir asar baru bergerak pulang…on de way nk balik, singgah di masjid yang berhampiran…sangat kagum ngn senibina masjid tu..ibarat mcm “welcome to Beijing”..sangat bercirikan senibina kat sana…kaki berjalan mata asyik pandang bumbung dia je…sangat kagum…kalo tak silap nama masjid tu Masjid Jubli Rantau Panjang…baru lagi masjid ni kot sbb thn lepas pegi mcm tak nampak pun lg…tersangat puas hati leh singgah kat situ…

indah sungguh senibina bercirikan tokong cina ni...

Masjid Jubli Rantau Panjang, Kelantan

snapping pics after solat...

Majlis Kenduri Sepupu di Bachok

Hari isnin kami ke Bachok, menghadiri Majlis Persandingan sepupu aku…tp pagi tu sempat lagi bawak encik suami gi shopping di Pasar Isnin kat Machang…aku yang nak shopping kain pasang…tp susah betul nk pilih kain bila ada encik suami, hampir semua kain yang aku suka dia ckp macam kain langsir, hampeh betul…tak suka tauuuu…

sampai di Bachok, hampir2 tgh hari dah, sedang elok perut pun tgh berkeroncong lagu dondang sayang dah…dahla masa tu panas amat…memang best sangatlah menjamu selera, siap de budu ngn ulam-ulaman lagi…ayam perciknya sangat memikat hati, nak tambah mcm segan plak nk bgn…ikutkan hati nak je  bungkus wat balik…hehe…

dah selesai apa yg patut kat situ, kami bergerak pulang…sebelum tu alang2 dh sampai Bachok, terus singgah kat Pantai Irama…ya ampun, pantainya sangat tidak cantik…air berkelodak mcm hape jer, seb baik aku dh batalkan niat awal2 tuk mandi manda…just men2 air kat gigi pantai je, tu pun sebab nk temankan anak2 buah aku je…hikhik…

sepupu kawin...

di majlis kenduri sepupu di Bachok...berehat setelah kekenyangan...

wit my anaks buah...

Bukit Tinggi

memang ikutkan tkde dlm plan langsung nk ke Bukit Tinggi…sepatutnya kami bercuti di Cameron Highlands…memang dah jejakkan kaki pun, tp disebabkan oleh beberapa yang tk dpt nak dielakkan, terpaksa kami terus balik ke Mentakab je…konon nk honeymoon kat sana, last2 berhoneymoon di Mentakab jugak…tak puas hati betul…tkpe2, len kali nakgi lagi kat sana….

Kat Bukit Tinggi ni pun sonok gak, even kali ni aku pergi utk kali kedua, tp masih terasa keseronokannya..nak2 plak kalo gi ngn encik suami kan…lagila sonok dia tu berkali2 ganda kan…malas nk citer banyak2…tengok pic jer la k…hehe…

welcome to Japanese Village, Bukit Tinggi...

jenjalan sesambil menghirup udara segar...

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi...

gaya cam bercuti do obersi..

moga encik suami hepi bercuti kat sini...

on de way to bukit tinggi...

me at Bukit Tinggi....

an evening at Bukit Tinggi....

hepi time...

ha hamek, panjang giler entry kali ni…hapdet terus tuk semua, kot2 lepas ni tak sempat plak….hehe…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *