Duhai Si Pari-Pari

Tayangan Pembuka Tirai 2010

1 Januari ari tu, aku dan suami berkeputusan nak menonton wayang Duhai Si Pari-Pari (DSPP), masa tu tengok iklan dia kat mana tah, lupa lak… Sesaje jer ajak encik suami tengok, ingatkan dia taknak dah, tup-tup dia pun nak jugak… Pucuk dicinta, ulam jd mangsa la kan… Kami pergi petang after smayang jumaat, sampai kat MBO pun dh kul 3.30 ptg, encik suami dh ckp men rembat jer apa yg ada kan, sbb taktau tayangan kul bape, kiranya kalo tkde DSPP, nk tgk citer lain la kan. Sampai2 sana, tgk next tayangan kul 4.30 ptg, diskas nyer diskas akhirnya kata sepakat okey DSPP jugak…horrayyyy jerit hatiku, sbb memang nak sgt2 tgk citer tu pun…hehe…

encik suami siap de ckp “harap2 best la citer ni”…taktau la dr segi apa dia ckp cam tu kan..mungkin sebab itu cerita komedi tapi pelakonnya bukan artis komedi kot…okey itu tanggapan aku sajer, yang benar2 belaka hanya encik suami yang tau…bilik tayangan pun kecik ajer, kedudukan kerusi pun hampir nk sama jer parasnyer, seb baik skrin kat atas n yg duduk depan aku tu tak tinggi sgt, kalo tak sure memang hangin sepanjang tayangan.

okey then so suprisely, citer tu best sangat2…aku suker kesemua jalan cerita dia, every single scene mampu membuatkan aku terhibur…memang giler lawak la…kena ngn pelakon2 dia semua…hish taktau nk ckp cmne la, memang aku suka giler2, semua bintang dilangit aku kasi kat DSPP..hahaha…

jalan cerita dia menarik, tak boring langsung, setiap scene boleh gelak2…memang kena dgn cerita la kan…cerita lawak kena gelak2 la kan…pastu mesej yang nak disampai memang clear even pelakon dia tak ramai mana pun…cerita dia sangat simple bagi aku…memang sesuai untuk menonton sesambil bersantai bersama famili…lite2 gitu…kiranya citer ni tak sempat nak buat aku merealisasikan hobi aku yang suka tido lam panggung wayang…

sinopsis citer ni:

Duhai Si Pari Pari mengisahkan Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang tidak pernah dilamun cinta.

Ditakdirkan dia terjatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda), namun tanpa pengetahuan Syadon, Mala punya agenda jahat bersama rakannya Budi (Remy Ishak) untuk wang simpanan Syadon.

Walaupun Syadon hanya pekerja di stesen minyak tapi dia cukup cermat dan pandai menyimpan. Selepas ditipu Mala, Syadon masih tidak percaya Mala bersekongkol dengan Budi. Selepas dibelasah dan dibuang ke lorong gelap oleh Budi, Syadon terjumpa teko ajaib yang dihuni si Pari Pari (Liyana Jasmay).

Pari Pari kemudian mengharapkan cinta dari Syadon. Pada masa yang sama, bapa Pari Pari, Para Para (Harun Salim Bachik) mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Kerana percaya Syadon adalah cinta sejatinya, Pari Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari para para iaitu lenyap dari dunia ini sekiranya cintanya gagal lagi.

antara scene2 yang ada lam movie tu:

Syadon dan Paribang...

Budi si lori tangki, syadon si lurus bendul, mala si penggoda

mala yg disihir mulutnya...zip tu memang nampak real..caya lah...

si Syadon : yang memang tersangat lurus bendul, kadang rasa geram sgt ngn kebendulan dia, senang2 jer kena tipu ngn si mala tu..asal mala panggil baby jer, terus dia cair…memang menjadi la si Que bawak watak si Syadon ni, dengan mimik mukanya, gerak gayanya, betul2 menghayati watak…

si Pari-Pari : sesuai dgn watak pari-pari, lakonan liyana jasmay yg ala2 nampak mcm suci dan baik hati.

si Budi : atau dipanggil lori tangki oleh si syadon memang ketara jahatnya, kunun cam samseng betul2 la, tp nampak bodoh2 alang bila kena sihir..sgt lawak…tak sangka remy ishak yg sebelum ni asyik berlakon watak serius akhirnya berjaya jugak bwk watak komedi..memang menjadi la…

si Mala: yang kejanya asyik menggoda si Syadon..dgn mimik mukanya, ish, memang geli geleman la tgk…pandai betul Nabila bwk watak tu…

secara keselruhannya, aku memang suka sangat citer ni…memang tak rugi menghabiskan wang, tenaga dan masa tidoku semata-mata nak menonton citer yang mula2 mcm konpius best ke tak…sangat best…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. Kreuger says:

    dah lame tak bawak cik adik tengok wayang.
    so sad. sekarang ni dia dah kerja shift plak.
    susah la nak ajak dating hari minggu. kalau
    hari kerja masing-masing penat. pakat nak
    berehat kat rumah jer kan, layan movie kat
    umah jer la jawabnye~

  2. sekali sekala blehla bawak…tukar2 angin kan…
    kitorang pun bukan selalu tgk wayang..hehehehehe,,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *