Episod 1: Perjalanan Ke Kelantan

Salam...

Entri kali ni berkisar tentang percutian aku dan husben masa raya korban
lepas. Ada beberapa episod gak la yang hendak dikongsikan bersama dengan
pengunjung blog secara terang mahupun gelap.

Perjalanan pulang kami bermula pada jam 8.30 pagi selepas breakfast dan
menghantar norsiah ke Kolej. Trafik bergerak lancar dari LPT sehingga ke
Cherating. Tapi bila dah nak sampai ke Kemaman, penuh sesak dah jalan raya
dengan kereta-kereta lain-lain. 

Sampai di Kuala Abang, kami singgah sekejap untuk berehat. Sempatlah posing
sekejap sesambil menghilangkan lelah memandu untuk encik suami. Kuala Abang
tu merupakan tempat kenangan bagi kami berdua, di mana kami pernah singgah
semasa dalam perjalanan untuk membawa pulang encik suami berjumpa dengan
famili aku buat kali pertama. Kiranya persinggahan kali ini adalah untuk
menggamit kembali memori dulu-dulu. Ada sedikit perubahan kat situ di mana
terdapat sebuah Gazebo yang baru dibina. Memang sesuai untuk dijadikan
tempat persinggahan. Diperhatikan ramai gak yang singgah kat situ. Memang
menarik tempat tu, sangat-sangat sukakannya.

Perjalanan diteruskan sehinggalah kami sampai ke kampung halaman pada pukul
6.30 petang. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku walaupun sepanjang
jalan berlaku kerosakan dan lompang sana-sini. Hanya terserempak dengan satu
eksiden sahaja. Nasib baik jalan tidak jem.

on de way ke Kelantan...

on de way ke Kelantan...

sangat tenang bila berasa di sini...

sangat tenang bila berasa di sini...

berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan...

berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan...

sempat melayari internet...

sempat melayari internet...

puan isteri...

puan isteri...

encik suami...

encik suami...

menggamit memori silam...

menggamit memori silam...

moga bahagia ini kekal selamanya...

moga bahagia ini kekal selamanya...

You may also like...

3 Responses

  1. ej@m says:

    tak sabar nk tunggu next episod…hehe
    mmg mengimbau memori kita kan…
    tapi syg time tu pantai tak brape cantek coz kotor dgn air bah yg mengalir ke laut kot..

    xper next time kalu kelik lagi kita singgah yer…

  2. norsaritanaini says:

    banyak lagi episodnya..sabau yer…
    singgah berlama-lama pun lagi best..
    memang suka sgt2…

  1. 01/12/2009

    […] This post was mentioned on Twitter by Mohd Hairulnizam, norsaritanaini. norsaritanaini said: blog dh hapdet http://norsaritanaini.com/?p=143 nantikn kemunculan episod sambungn yg seterusnya..masih byk ceritera terindah utk dikongsi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *