Episod 2: Raya Pertama Bersama Suami…

Raya haji tahun ini adalah raya pertama aku bersama suami. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya menyambut raya bila berada di sisi keluarga dan suami tercinta. Walaupun mungkin bagi orang lain, raya haji atau lebih dikenali sebagai Raya Korban adalah kurang meriah dan mungkin ada segelintir umat tidak menyambutnya. Tapi bagi aku, tak kira la raya apa, tapi kalau bersama keluarga, sudah cukup meriah bagi aku walaupun sambutannya ala kadar sahaja.

Bangun awal di pagi raya untuk menyiapkan sarapan sebelum pergi sembahyang raya. Setahu aku adalah sunat untuk terus pergi sembahyang tanpa sarapan kalau untuk raya korban ni, tapi perut tak tahan minta diisi, karang tak khusuk lak nak solat kan. Kebiasaannya, solat sunat aidil adha akan dilakukan seawal mungkin kerana majlis korban akan terus diadakan selepas solat sunat tersebut.

Aku dan encik suami bergerak ke Madrasah berhampiran hampir-hampir pukul 8 pagi, namun dari jauh sudah kelihatan kebanjiran jemaah sehingga ke luar pintu madrasah. Ramai pulak kali ini, aku ingatkan kalau raya haji tak ramai orang. Maka kami meneruskan perjalanan ke masjid yang satu lagi. Namun hampa, Imam di masjid tu tengah baca khutbah yang bermakna sudah selesailah solat sunat tersebut. Kami pun berpatah balik ke madrasah kampung aku. Nasib menyebelahi kami, sesampai je di sana, jemaah sedang membetulkan sah menandakan baru hendak solat. Kami mengambil kata sepakat nak menyelit di celah-celah orang ramai. Pagi-pagi lagi dah macam-macam hal.

Setelah selesai solat, balik ke rumah untuk majlis korban lembu pulak (akan diceritakan lebih lanjut dalam episod seterusnya). Seharian di rumah menyiapkan hidangan untuk tetamu hasil daripada daging korban. Penat tak terkira sebab kena masak dan kemas rumah.

Di petang hari baru berpeluang berjalan ke rumah nenek sedara n pakcik sepupu aku, sedara belah mak. Keesokkannya pula ke Mulong, beraya di rumah nenek, rumah kakak, rumah makcik2 n pakcik2 sedara belah abah.  Tujuan utamanya adalah untuk memberi peluang kepada encik suami berkenalan dengan ahli keluarga aku. Kalau nak ikutkan masih ramai lagi rumah sedara mara yang tak dikunjungi. Mana sempat, kami cuti pun just dua tiga hari, mungkin lain kali kami akan ke rumah sedara-sedara yang lain pula.

di pagi raya setelah pulang dari semayang raya...

di pagi raya setelah pulang dari semayang raya...ceria bersama encik suami...


ceria bersama encik suami...

ceria bersama encik suami...


riang ria aidil adha...

riang ria aidil adha...


di tepi sawah berdekatan dengan rumah aku....

di tepi sawah berdekatan dengan rumah aku....


sedondon gitu...i likeeee~~~~~

sedondon gitu...i likeeee~~~~~

beraya di rumah sedara mara...

beraya di rumah sedara mara...

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

4 Responses

  1. ej@m says:

    episod ke-2 telah keluar di pasaran, nampak gayanya bilalah nak siap version b plak kan…xper2 akan menyusul tak kira ler walaupun lambat…

    aik…ada pic lompatan yg xjd tu yer…
    nie gara2 berat badan melampau ler nie…hehe

  2. norsaritanaini says:

    cepat la hapdet b, tak sabar nk baca versi b plak..
    syg tgh berusaha nk siapkan entri tuk episod 3 dan 4 ni sebelum gi BTN esok..

    pic lompatan tu mestila ada, sbb nak berbangga dengan teknik org yang amik pic tu…..hehehe…

  3. yusniza says:

    wahh bahagianya kak nor bersama suami.. nampak berisi la sikit..ada pape ker?hehe

  4. yusniza :@: takde apa2 pun..taktau ar nape, berat badan naik asyik menaik jer dah kawin ni…diet ke apa ke, sumer tak jalan..tensen!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *