Episod 3: Raya Korban

Ini entri tertunda. Entri ni sepatutnya aku siapkan dah lama, tapi tertangguh dek kerana aku kena pergi Kursus BTN selama 5 hari di Tebing Tinggi, Johor. Sebelum pergi tak sempat nak siapkan entri ni, makanya baru ari ni berkesempatan nak buat. Dah balik BTN, sibuk ngn urusan kursus pendek plak. Even dah ketinggalan, tapi tidaklah terlewat kot.

Raya korban tahun ini aku berkesempatan balik ke kampung aku di Kelantan, tahun lepas beraya di Melaka jer sebab tak dapat cuti panjang. Sangat tidak seronok beraya di tempat orang kan. Tak macam raya langsung pun. Tapi lepas ni kena biasakan diri jugaklah sebab konpemnya aku kena beraya di rumah mertua untuk keadilan sejagat. Tapi aku tak kisah asalkan suami berada di sisi.
Raya kali ni jugak, sembelih lembu korban kat umah aku sebab lembu tu abah aku punya. Dia dah jual kepada 7 bahagian termasuk aku n adik aku masing-masing amik 1 bahagian. Dah lama tak tengok orang sembelih lembu, mcm cuak gakla nak tengokkan.
Lepas dah sembelih, daging n tulang n semua organ-organ dalaman akan dibahagi kepada 7 bahagian. Pastu terpulang kepada empunya masing-masing la nak buat apa. Sebelum dibahagi, akan diambil sedikit untuk dimasak n dijamu pada orang yang melapah daging tu dan seharusnya kamilah yang akan ditugaskan untuk memasak. Memang agak sibuklah di dapur, ngn encik suami sekali tolong menggoreng daging. Ada bakat jugak tuh, senang keja aku nanti kan.
Selebihnya korang tengok gambar jerla. Macam dah taktau nak cakap apa pulak. Kematian idea dah.

korban1

korban2
korban3
korban4
korban5
korban6

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. ejam says:

    raya korban yg penuh pengalaman menarik…
    .-= ejam´s last blog ..Jusco Bandar Raya Melaka. =-.

  2. ejam says:

    pengalaman dengan anak2 buah juga tak dapat dilupakan…
    .-= ejam´s last blog ..Menyanyi plak Cepah ni. Dia bantai karak =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *