Fenomena El Nino

Bumi ibarat terbakar...

panas…panas….sangat-sangat panas…malam2 pun skang ni panas giler…kalo terasa sejuk hanya apabila berada di dalam kereta atau di opis sbb ekon terpasang…mandi pun dah macam ala2 mandi sauna je manjang…mandi la pepagi di dinihari pun, air tetap terasa panas…sejak bila pulak aku pasang heater kat umah kan…tp siyes, lepas mandi pun still rasa tak mandi lagi…bilik air tu toksah citer la berkuap semacam…tkyah dah nkgi perabih duit gi sauna….cukup sekadar bersauna di bilik air di rumah sendiri…

kipas tu kalo boleh sepanjang masa nak on je…dah tu bukak plak yang paling maksimum…kalo time tido takde dah nak berselimut bagai…asal selimut jer berpeluh2…memang tak selesa la…tidur pun kerap terganggu akibat ketidakselesaan…kenyamanan masa tido memang dah tkde langsung dah…haru biru jugak dibuatnya…

pastu pagi td baru aku terperasan, kul 7 pagi skang ni dah cerah macam dah kul 8 pagi…smalam balik dr Temerloh, kul 7 malam, masih cerah lagi…sebelum ni biasanya aku keluar ke opis kul 7 pagi, gelap gulita lagi…siap kena bukak lampu kalo bawak keta…skang ni takyah bukak pun takpe…dah bleh nampak dengan terang…nampak sangat mcm waktu malam pun dh pendek berbanding waktu siang…ish..ish..

ini semua adalah akibat Fenomena El Nino yang melanda negara pada masa ini…sangat tidak baik untuk kesihatan…kena lebihkan minum air kosong setiap hari untuk elakkan macam2 penyakit yang boleh melanda akibat kepanasan ini…info lanjut berkenaan el nino ni, korang gugel la sendiri k…penat je pakcik gugel buat servis kalo aku citer sumer kan… kat bawah tu de sikit petikan yang aku dpt dr UTUSAN ONLINE..thanks to Pakcik Utusan yang baik hati…

Menghadapi fenomena El-Nino

Oleh ABDUL RAHMAN MAHMUD

Jabatan Meterologi melaporkan fenomena El-Nino bakal melanda negara dalam masa beberapa bulan lagi. Ia adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. Antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau panjang.

Oleh itu, kita seharusnya meningkatkan kepekaan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai fenomena El-Nino dan melakukan persediaan yang perlu.

Persoalanya sudahkah kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku 10 tahun lalu (1997/1998) semasa fenomena ini melanda negara?

Jabatan Meterologi pada April lalu melaporkan, terdapat bacaan suhu melebihi suhu maksimum purata bagi bulan tersebut. Suhu tertinggi yang direkodkan bagi tempoh 1 hingga 28 April 2009 adalah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April. Ia dalam lingkungan suhu tertinggi yang pernah direkodkan.

Fenomena ini dicatatkan berlaku sebanyak 12 kali sejak 1951-1952 dan terakhir pada 1997-1998. Pada 1998, suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998.

Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi terbanyak dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar.

Pada tahun itu juga, negara-negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi dan malaria. Fenomena El-Nino dikatakan merupakan fenomena sejagat yang perlu ditangani bersama.

Ada saintis mengaitkan fenomena El-Nino dengan pemanasan global. Walau apa pun andaiannya, masyarakat harus disedarkan mengenai kesan fenomena ini kepada manusia dan alam sekitar.

Fenomena ini dikatakan mempunyai rantaian kesan yang agak membimbangkan kepada alam sekitar dan aktiviti manusia. Sekurang- kurangnya terdapat tiga kesan utama yang bakal dirasai daripada peningkatan suhu semasa fenomena ini.

Pertama, kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan dijangka turut mengakibatkan penyakit seperti batuk, selsema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas.

Kedua, keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air. Ia akan menyebabkan krisis bekalan air.

Kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam dibimbangi akan mengalami penyusutan disebabkan kadar sejatan yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat.

Selanjutnya ia akan memberi impak terhadap aktiviti manusia. Sesetengah operasi industri pula memerlukan air sebagai bahan dalam proses pengeluaran produk. Maka industri juga bakal menerima tempiasnya.

Ketiga, persekitaran yang kering boleh mendorong berlakunya kebakaran. Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia. Kawasan padang yang kering boleh terbakar dengan mudah andainya putung rokok yang masih berapi dibuang ke kawasan tersebut. Tapak pelupusan sampah yang membebaskan gas metana pula berpotensi menyebabkan kebakaran secara spontan.

Apa yang amat membimbangkan, peningkatan kes kebakaran yang berlaku akan menyebabkan masalah jerebu. Semasa El-Nino 1997/1998, kualiti udara terjejas teruk akibat jerebu. Ia berlaku disebabkan kebakaran hutan di Sumatera dan sekaligus menyebabkan pencemaran udara rentas negara. Ia akan menjejaskan sektor pelancongan negara.

Justeru itu, masyarakat mempunyai peranan dalam usaha membantu kerajaan menangani kesan yang bakal berlaku. Sikap “tidak ambil peduli” hanya akan mengundang padah.

Sebagai tanda prihatin, kita harus bersatu melakukan persediaan yang mencukupi. Pertama, kita harus bersedia untuk peka mendengar perkembangan semasa tentang keadaan cuaca yang berlaku. Berita melalui radio, televisyen, akhbar dan laman web seharusnya dijadikan rujukan penting.

Misalnya untuk mengetahui keadaan ramalan cuaca dan Indeks Pencemaran Udara, laman web Jabatan Matereologi Malaysia, http://www.met.gov.my dan laman web Jabatan Alam Sekitar, http://www.doe.gov.my boleh dijadikan rujukan. Kedua-dua laman web ini banyak memberikan maklumat tentang isu alam sekitar dan perkembangan semasa.

Laman web Jabatan Alam Sekitar membantu kita mengetahui tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU). Maklumat yang ada dapat membantu rakyat merancang aktiviti seharian.

Kedua, semasa berlakunya cuaca panas, kita harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan- bahan yang mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan. Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Ketiga, sekiranya berlaku masalah jerebu, masyarakat perlu mengambil langkah sewajarnya seperti memakai topeng sewaktu keluar rumah dan merawat segera masalah kesihatan seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam. Di samping itu, orang ramai juga perlu mengelak daripada melakukan aktiviti luar rumah yang boleh mendedahkan mereka terhadap kualiti udara yang tidak sihat.

Keempat, bagi mengurangkan kesan krisis air semasa fenomena El-Nino, amalan penjimatan air harus dimulakan dari sekarang. Penggunaan air untuk mandi, mencuci kenderaan dan membasuh pakaian perlu dihadkan agar tidak membazir. Dalam masa yang sama, orang ramai perlu mengadakan simpanan air mentah yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Langkah persediaan menghadapi fenomena El- Nino ini kadangkala dianggap remeh. Semasa fenomena 1997/1998, ramai yang merungut kerana kekurangan bekalan air dan masalah jerebu. Ramai yang menyalahkan kerajaan, kononya tidak serius melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena itu.

Rakyat seharusnya mengubah sikap. Ini kerana isu berkaitan alam sekitar adalah tanggunggjawab bersama. Kita harus bersedia menghadapinya dan membantu kerajaan dalam mengharunginya. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah, kita harus bersiap sedia dari sekarang.

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *