Gathering Buka Puasa GengBlogger.Com

Buat pertama kalinya mengikut encik suami ke Gathering Berbuka Puasa GengBlogger. Com di Dataran Shah Alam. Walaupun tak pernah bersua muka dengan semua blogger yang hadir, namun kemeriahan waktu berbuka tetap terasa.  Kagum dengan semua ahli blogger yang tersangat mesra dan ramah bertegur sapa sesama blogger yang hadir. Ukhuwah yang terjalin sangat utuh.


Sambutan yang menggalakkan dari ahli blogger yang hadir untuk berbuka bersama-sama walaupun keadaan yang agak gelap dek karana lampu spotlite yang agak jauh dari tempat pilihan dengan ditemani nyamuk-nyamuk kecil yang rakus menyerang mangsa-mangsa.

P/s: Mohon maaf pada semua blogger yang hadir, saya banyak mendiamkan diri dan tidak ramah bertegur sapa dengan yang lain-lain. Ini kerana disebabkan oleh faktor2 keseganan yang melampau dan kepenatan yang amat sebab terpaksa berjalan kaki yang agak jauh dari tempat letak kereta ke bazar ramdhan.(teetttttttttt…alasan…huhu). InsyaAllah, jika ada kesempatan di lain waktu, saya akan cuba meramahmesrakan diri sendiri untuk mengenali semua ahli-ahli blogger. Sekali lagi mohon maaf dan ampun. Selamat Hari Raya. (^^,)..

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. ery farieha says:

    ohhh
    ini orang rumah ejamothman
    hehehe 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *