Happy 2nd Anniversary~~~

Anniversary Graphic #158

Anniversary |

25 September 2011, genapla 2 tahun usia perkahwinan antara aku dengan encik suami…sekejap jer rasanya masa berlalu…rasanya baru semalam naik pelamin (***berangan)…walaupun rasanya sekejap, namun mcm2 jugak dugaan yang dihadapi, tp Alhamdulillah, dapat di atasi dengan penuh sabar dan tabah…sepanjang setahun lebih hidup sebagai PJJ (perkahwinan jarak jauh) memang amat menduga kesabaran jiwa dan raga…sapa2 yang penah mengalami nasib yang sama, mesti tau betapa seksanya hidup berjauhan dengan suami…namun semuanya dpt diharungi dengan jayanya…akhirnya, tahun 2011, encik suami berjaya mendapat kerja di sini, dan bermulalah episod BAHAGIA hidup bersama-sama sepanjang masa…suka sangat2 suka..hehe

2011 jugak membawa satu lagi episod BAHAGIA untuk aku dan encik suami…sesuatu yang sememangnya kami nanti-nantikan selama ini…setelah hampir 1 tahun 5 bulan berkahwin, aku akhirnya disahkan mengandung…Maha Suci Allah, bersyukur sangat2…mcm2 cara dan usaha yang dilakukan, berkat kesabaran kami, akhirnya berjaya jugak…minggu depan genap 6 bulan usia kandunganku…setiap detik dan saat sangat2 bahagia walaupun aku mengalami alahan yang agak teruk…sejak usia kandungan masuk 3 bulan sehingga ke sekarang ni, kedua-dua belah tangan kebas dan lenguh2, kata orang salah satu tanda pembawakan budak jugak…maybe akan hilang selepas bersalin…sangat2 lah seksanya, nak buat apa2 pun tak selesa rasanya..namun memikirkan si baby yang ada di dalam, terlupa segala rasa yang tak selesa…nak2 plak sekarang ni si baby dah aktif bergerak dan menendang…bahagia sioootttt…inilah hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang sangat2 bermakna untuk tahun ini…

Diharapkan dengan kehadiran bakal cahaya mata kami yang pertama ini, akan memberi sejuta makna buat aku dan encik suami…moga kehidupan selepas ini akan lebih bahagia dn dipermudahkan lagi oleh Allah SWT…

 

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *