Haq’s Journeys Of Life ~ 2 Month

Pejam celik pejam celik, Haq kini dah berusia 2 bulan…terasa macam baru semalam dok bertarung nyawa nak melahirkan dia..bila dok teringat masih terasa kengerian nak bersalin tu…yang paling lawak, bila baby keluar je, terus cakap cukuplah sorang…taknak dah bersalin..kononnyalah…tapi kalo tanya sekarang, terasa nak tambah lagi…betapa indahnya menjadi seorang ibu ni kan…bahagia yang takleh terucap dek kata-kata…tu heran camne la hati dan perasaan orang yang sanggup buang n bunuh bayi…

sekarang ni dah macam2 perubahan pada diri Haq…dah pandai senyum n sengih2..dah pandai nak ajak berborak..dah pandai main sorang2 bila kena tinggal…setakat ni masih ok lagi..still sama mcm dulu lagi..tak banyak ragam…merengek bila nak menyusu n mengantuk jer…tapi sangatlah kerap nak menyusu..menyusu sekejap n tido..pastu bangun nak menyusu lagi…tp kadang2 pandai tido sendiri jer…malam pun tak berjaga sangat…terjaga pun takde nak menangis2…kadang2 tak sedar yang dia dah bangun..bila dgr suara dia, barulah terjaga…bila pandang muka dia…tersengih jer dia…semalam kena inject, seb baik tak demam…

sekarang berat dah mencecah 5.4 kg dan tinggi 61 cm…perkembangan yang sangat positif…sekarang hanya bagi dia susu ibu sahaja…sebelum ni penah gak kasi susu formula…masa tu selepas dia lahir..susu tak banyak lg masa tu…sekarang ni walaupun tak banyak, tp still cukup untuk brestfeed Haq…harap2 berjayak menyusukan penuh sehingga 6 bulan nanti…tgh giat membuat stok ebm untuk kegunaan di rumah pengasuh nanti…harap2 berjayalah…

lena sangat tido..tak kisah kat mana2 pun..janji boleh tido...hehe

time menunggu untuk di inject..mata tgh kuyu, ngantuk sangat2 dah tu...

nangis kuat sangat bila kena inject...dah la masa tu mood tgh ngntuk..hehe

tido after balik dari klinik...lasak sampai kepala jatuh dari bantal...

bersantai di playgim yang baru beli dari Babykidseshoppe.Com

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. kak nur says:

    comey playgym haq 🙂
    dah dua bulan…. baby banyak bf dan cukup tidur mmg mudah sgt nak besar… keeps on bf haq tau.. walau apa pun berlaku, cekalkan hati :), Insya Allah akan berjaya hingga 2 thn 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *