Haq’s Journeys Of Life ~ 3 Month

Dhiyaulhaq Zhafran Bin Mohd Hairulnizam..kesayangan mama dan papa…

Assalamualaikum…

Dhiyaulhaq Zhafran kini dan masuk 3 bulan…dah besar anak mama ni…dan dah banyak karenah dia…tapi apa2 pun sangat bersyukur diberi nikmat ini..bahagia sangat2…

Berat Haq sekarang dah 6.3 kg…hasil susu ibu semata-mata..bila orang tanya..”semangatnya, tak mcm 3 bulan…susu badan ke ni”…dengan bangga nya menjawab “a’ah susu badan”…terasa betapa hebatnya diri ini kerna mampu menyusui anak tanpa campur formula…ok, sedikit kesal jugak sbb Haq penah merasa susu formula sebelum ni…nak buat mcm mana kan..itu dulu…sekarang ni takde dah..fully susu badan…lemak berkrim disukai ramai…hehe…

Sekarang ni makin rancak bila diajak bersembang…suara pun makin nyaring…ntah apa la yang disembangkan…kalo lah boleh faham, mesti lagi seronok layan dia sembang kan…pastu pantang letak bawah, badan terus je mengiring…maybe cubaan untuk meniarap tapi masih belum berjaya…tak ape, beri dia masa kan…Haq sekarang juga dah pandai tarik2 baju dia dan tarik2 tudung mama untuk dimasuk ke dlm mulut dia…tak cukup hisap jari dia, jari mama atau papa pun nak dihisapnya…Haq..Haq..bahagia weh…

hensemnya anak mama ni…

manjang je nak hisap jari…

makin gebu…hehe

Haq bersama mama…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *