Haq’s Journeys Of Life ~ Aktiviti Makan-Makan

Assalamualaikum wbt…

Pejam celik pejam celik, Haq skang dah 6 bulan lebih…seminggu lebih jer lg akan masuk 7 bulan…dah makin lasak n sangat2 aktif…kalo kat umah pengasuh dia, tido beberapa minit je, asyik nak main je kejanya…siap dia ckp Haq main gaya mcm budak2 besar…nak2 plak kat umah pengasuh tu ada 2 orang lagi budak…budak2 tu plak suka melayan dia…Haq suka sangatlah..pernah ari tu, lepas amik dia dr umah pengasuh, tgk belakang ibu jari kaki n tapak tu merah sgt2…agaknya mengensot kuat sangat la kot…main tak hengat…

Sekarang ni dah bg dia makan…actually dah start bg makan masa 2 minggu dia nak masuk 6 bulan, sebab masa tu mcm dia dah ready tuk makan…seminggu awal tu bg puri buah je dulu..nak ajar mcm mana nak makan…mula2 mmg kekok sbb dia lom pandai lg…bila org suap makanan, dia keluarkan lidah dia…mcm gaya dia nak nyonyot susu…kdg tak masuk pun makanan dlm mulut…dua tiga kali makan, dah pandai masukkan dlm mulut dia…puri buah mmg laju dia makan…mula2 bg puri plum plus ngn kurma..pastu bg puri pear…suka sgt tgk dia makan…

dah dekat nak masuk 6 bulan, start bg bubur nasi…handmade punya…buat bubur nasi plus dgn puri carrot..kdg2 campur kurma..kdg2 campur kismis..kdg2 tak campur pun…selain carrot, campur gak dgn sweet potato…dia suka jugak…seb baik tak kembung makan sweet potato…penah jugak buat bubur campur brokoli..Haq tak suka, dia taknak makan pun…campur sawi pun sama jugak…nak kata tak sedap, dah siap campur kurma nak bg tambah manis-manis…taktau nape dia tak suka kalo sayur hijau…bayam tak cuba lg…tp kalo bubur carrot suka sgt dia makan…berselera…

suka sgt nak pegang sendiri sudu..pantang lepa akan dicapainya…

ni tengah makan bubur nasi + carrot + kismis +olive oil sikit..selera tgk dia makan…

tengok ni…sangat comot bila makan…suka main sembur2…

seksi sikit time makan, cadangnya mmg nak suap makan sblm dia mandi…tup2 dia berak plak..alang2 dah cuci berak dia, mandikan terus je la..pastu br suap makan…tp mmg patutnya mcm tu kan…mandi dulu sblm makan, br perut tak buncit…baby pun kena mcm tu jugak ke ek?

berselera makan…bubur nasi plus carrot plus kismis…yummyyy..

suka men sembur-sembur gak time makan…ingatkan sbb dah kenyang tp bila masuk mulut dia telan…comot toksah citer la..dia bila dah kenyang, dia palingkan muka dia bila nak suap…tu tandanya dia dah tknak…

sejak semalam bg dia makan bubur nasi plus buah pear, selera gak dia makan..suka gamaknya manis2 buah tu kan…mama pun hati senang je bila tengok haq berselera makan…makin semangatlah nak masak2 tuk Haq…puas hati sbb dpt sediakan sendiri makanan tuk Haq, walaupun ada yg suh bg nestum je sbb senang kan…tp tkpe, setakat ni masih ada masa nak sediakan sendiri makanan tuk Haq..lgpun excited nak cuba makanan yg baru tuk dia…nak dia belajar makan sumer yang berkhasiat…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *