Haq’s Journeys Of Life ~ Cucuk 5 Bulan

Assalamualaikum..

Hari ni bawak Haq ke klinik untuk timbang berat dan cucuk 5 bulan…patutnya minggu depan baru masuk 5 bulan, tp dah misi buat appointment ari ni…maka kenalah pegi…kang kalo tak pegi, kena bebel pulak…lewat sehari pun dah kena bebel…dari semalam dok cakap2 ngn dia dah yang ari ni dia nak kena cucuk…mcam dia faham pulak…bangun pagi dah merengek2 nangis dah…pastu mulut tak reti diam, mcm dok membebel…agaknya resah gelisah nak kena cucuk la tu kan…

Masa menunggu turn kat klinik, dia ok jer…asyik dok nak menegur anak Cina sorang…mcm gaya nak ajak bersembang…suka sgt kalo nampak budak2…nak bergurau je keja dia…bila time timbang, aktif lg…asyik menendang2 n senyum2 sengih kat nurse..amik hati la tu kan…hehe…sampai masa nak cucuk, dudukkan dia gaya yang diajar oleh nurse, dia dah start meronta-ronta…start menangis2…kuat sgt meronta2 sampai tak lekat rasanya nak pegang…nurse tu pun cakap, kuatnya dia…bila dah kena cucuk, masuk je jarum, terus nangis sekuat hati dia…panjang gak nangisnya…berenti sekejap n nangis lg..bila dah dokong, senyap la sekejap…bawak masuk ke kereta, baringkan kat car seat, nangis lagi…pastu susukan dia, masa susu tu boleh dia berenti kejap pastu dia buat gaya mcm nak report sesuatu..agaknya nak cakap sakitla kot…siannya anak mama…tp comel…hehe…

Alhamdulillah, sekarang dah 7.8 Kg n tinggi 66 cm…perkembangan yang normal…moga terus membesar dengan sihat….aminn…

lena tidur after kena cucuk…

lega sudah…harap2 tak demam…

You may also like...

1 Response

  1. ej@m says:

    alahai comelnya anak papa, 1st time yer mama hendel haq sorg g check-up yer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *