Haq’s Journeys Of Life ~ Gemar Makan Sayur Lemak

Haq dah nak masuk 9 bulan minggu depan…setakat ni masih berjaya menyediakan makanan dia secara homemade…tp ada jugak lah diselang seli dengan biskut sebagai snek dia…tuk hidangan utama terutama bekal di rumah pengasuh masih lagi made by air tangan mama 100%…

Kalo ikutkan masa, memang agak terkejar-kejar la pagi…tapi berpuas hati if dpt sediakan sendiri…bangun seawal jam 5 pagi tuk masakkan bubur n sup atau mcm2 jenis lauk yang berkuah di samping mengepam…Macam-macam resepi sup atau hidangan berkuah yang dicuba iaitu sayur bening atau kekadang masak lemak

Tapi if masak lemak,laju sikit Haq makan…suka betul dia kalo sayur lemak ni…kadang buat sayur lemak putih,kadang sayur lemak kuning…biasanya dlm hidangan sup atau berkuah dia mesti ada sayur-sayur yang dicampur pelbagai jenis dan ayam atau ikan…

Nak kata kerap sangat buat sayur lemak tu tak jugak…sebab agak rumit kan…tp cuba jugak buat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu…buat simple2 jer…janji sedap pada tekak mama n Haq…bila buat untuk Haq, mama n papa pun tumpang sekaki…

Untuk sayur lemak kat atas tu,resepinya adalah: bawang merah, bawang putih, halia, sedikit lada hitam, isi ikan yang direbus atau ikan bilis…semua bahan ni ditumbuk halus atau dikisar ikut tahap kerajinan…pastu masukkan santan dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk..then dipanaskan…bila dah mendidih masukkan lah sayur yang hendak diletak…sayur lemak ni yang putih punya…kelantan mali….sedappp…hehe..opss, jangan lupa kacau sentiasa santan tu sebelum mendidih,takut  santan berketul-ketul dan terapung-apung dipermukaan……hehe…selamat mencuba…

You may also like...

1 Response

  1. ej@m says:

    tidak syak lagi, memang papa dan mama haq pun tumpang sekaki…
    sedap sayur untuk haq ni..

Leave a Reply to ej@m Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *