Haq’s Journeys Of Life ~ Lempeng Oat Pisang

Lempeng Oat Pisang

Hari ni tengok Haq berak mcm keras,keluar pun sikit…sebelum tak penah mcm tu…Alhamdulillah,dia tak pernah kena sembelit…seminggu yg lepas dia langsung tak berak kat umah, so taktau la sejak bila lg dia berak keras mcm tu…dan minggu lepas jugak for the 1st time bagi dia mangga…agaknya terlebih serat la tu kot…

So sebelum makin teruk, ari ni decided nak bagi dia makan pisang lah..tapi kalo bg pisang semata-mata mcm tak best…mcm mama dia plak yang nak makan kan…hehe…pikir punya pikir, buat lempeng pisang jerlah…bleh tukar selera Haq sekali sekala…asyik makan nasi jer…jemu jugakkan…lagipun, bukan susah mana pun…mcm buat lempeng gandum jugak..hehe

Kat bawah ni resepi, kot2 ada yang nak mencuba..

1 biji pisang, separuh dilenyek, separuh lg slice nipis2
2 sudu besar gandum
6 sudu quick oat
kismis dicincang,ikut suka nak letak banyak mana
air secukupnya

cara-caranya, campur semua bahan di atas sehingga sebati…pastu panaskan pan dgn sedikit minyak jagung…pastu bakar lempeng sehingga masak…senang kan??? bila bagi Haq, suka dia…marah bila kita lambat suap…esok bleh buat lagi  lah tuk brekfas dia…

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *