Hari Hol Pahang…

Esok 7 mei merupakan cuti umum bagi Pahang sempena menyambut Hari Hol…kalo tak silap aku ada 2 negeri je yang sambut Hari Hol ni…satu lagi kat Johor…tiap2 tahun memang akan cuti pd 7 mei ni…

sebelum ni aku tak nah tau kewujudan Hari Hol sehingga pd mei tahun lepas…bila ada cuti umum sempena Hari Hol..penah gak tanya member2 di opis, apa maksud Hari Hol tu…tapi jawapan yang aku dpt macam samar2…mungkin dorang pun jugak macam aku tak berapa nak tau sangat pasal hal ni…

tahun lepas jugak, aku tak amik pusing pun nak cari maklumat tambahan ke apa…tapi td tah nape terfikir lak nak cari apa maksud Hari Hol ni..ada la jumpa beberapa maklumat berkenaan dengan Hari Hol ni…salah satu nyer dr pakcik Gugel…Utusan Malaysia
Ini apa yang dikatakan oleh sumber yang aku perolehi:
Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini. Serentak dengan hari pemakaman Sultan Abu Bakar itu, semua jabatan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari.

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

5 Responses

  1. ej@m says:

    ooo tu maknanya yer…bunyi pelik semcm jer kan…

  2. bunyi pelik..mcm holly kan…hehe

  3. Kujie says:

    masa duduk Bentong 3 tahun, dapat merasa cuti Hol ni
    .-= Kujie´s last blog ..Melancong ke Algeria =-.

  4. kak kujie penah dok Bentung ek? 3 thn? lama tu…boring tak? bentung lebih kurang sama dengan Temerloh je..

  1. 07/05/2010

    […] This post was mentioned on Twitter by Mohd Hairulnizam. Mohd Hairulnizam said: esok pahang cuti http://bit.ly/bsRvMT […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *