Hidung Berdarah Semasa Mengandung

Sejak mengandung ni, macam dah banyak kali sangat hidung berdarah…kadang-kadang darah tak mengalir, tp ada gak yang mengalir…selalunya rasa hidung tersumbat mcm nak selesema..pastu rasa hidung penuh dengan hingus…bila pegi hembus hingus, keluarlah hingus yang penuh dengan darah…ingatkan hingus berdarah tu kesannya dr luka kat tekak akibat muntah…selalunya bila muntah, tekak akan berdarah-darah, luka barangkali…mcam pagi tadi, memang ada muntah sampai berdarah tekak…pastu bila hembus hingus, ada darah yang dah pekat hitam…mcm darah lama…tp sy biarkan jer, sebab mcm dah banyak kali alami benda yang sama…kebetulan di tempat kursus plak, sy ke toilet nk hembus hingus sbb rasa hidung tersumbat…hingus berdarah jugak tp tak banyak…then sy cuci muka…

keluar dr toilet, peserta kursus tegur nape hidung berdarah, bila sy sentuh hidung, darah banyak kat tangan….cepat2 sapu ngn tisu, banyak gak darah, tp tak melarat la…sekejap jer dah berenti…tp agak risau la…sebelum ni kan tak penah kena hidung berdarah ni…nak pegi jumpa doktor, mcm tak serius sangat..makanya saya cari maklumat berkenaan hidung berdarah semasa mengandung…jumpa artikel di bawah dr blog ni

Tangani Hidung Berdarah

Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.

  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
  • Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

kalo mengikut apa yang ditulis dlm artikel, dapatlah mengurangkan sedikit kegusaran di hati sy ni…harap2 tkde apa yang serius lah…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *