I-City Bandar Cahaya di Shah Alam

Dari jauh sudah kelihatan cahaya yang pelbagai warna yang membuatkan aku begitu terpesona. Sebelum ni hanya mampu melihat gambar kawan-kawan  yang telah berkesempatan sampai ke bandar yang bercahaya iaitu  I-City yang terletak di Shah Alam. Akhirnya aku berpeluang juga menatap dengan mata kepala sendiri. Jakun jugaklah buat seketika.

Waktu pergi ni minggu lepas, after gathering buka puasa gengblogger.com, tapi baru hari ini berpeluang untuk post entry. Ikutkan hati macam dah malas nak update tapi dek kerana hati di dalam meronta-ronta untuk  mengabdikan kenangan semasa di sana.  Ala-ala memori daun pisang bersama encik suami.  Sangat teruja ibarat dalam hati ada bunga-bunga api.

Mata tak lepas memandang ke setiap sudut yang dipamerkan, kalo boleh setiap inci pergerakan, setiap kali mata berpusat dan  setiap saat  ingin diambil gambar, tersangatlah kagumnya kan. Dah  memang sudah menjadi kegemaran aku untuk melihat keindahan. Asal nampak indah, semuanya nak tangkap gambar, nasib encik suami seorang yang memahami dan meminati bidang fotografi. Kalau keluar dengan dia, tak risau dah, tentu2nya dia akan jadi tukang tangkap gambar dan semestinyalah aku modelnya.

Walaupun dalam bulan puasa, tempat ni masih sesak dengan kunjungan orang ramai.  Ada yang datang bersama rombongan, ada yang bersama keluarga, ada yang berpasang-pasangan dan tidak kurang juga bersama kawan-kawan. Ada Melayu, Cina dan India, tidak kurang juga pelancong asing. Sangatlah 1 Malaysia. Kadang-kadang terpaksa menunggu giliran bila nak mengambil gambar. Siap ada yang berebut-rebut.

Namun di tengah-tengah kesesakan, ada sekumpulan jemaah menunaikan solat terawikh. Terpegun sejenak. Solat dilakukan dalam persekitaran yang terbuka dan hanya berlantaikan tikar. Ini menunjukkan ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tepuk dada tanya selera.

Sekiranya berpeluang, ingin  rasanya pergi ke sana lagi. Masih ada tempat yang belum sempat dikunjungi iaitu White Winter Wonderland yang menempatkan snowman dan ala-ala musim sejuk yang bersalji. Kena beratur panjang kalau nak masuk. Tidak sanggup nak menunggu giliran dek kerana mahu bersegera pulang ke Melaka. InsyaAllah kalo ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah ke sana lagi.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *