Jammed: Senario Biasa Bila Tiba Musim Perayaan


Bila tiba je musim perayaan terutama mcm perayaan yg berkait dengan cuti lama..konpem sumer org akan merasa jam…semua jenis jam la ada…kalo bleh makan ngn roti tkpela jugak…ini usahkan makan, nk pandang roti pun dah tak selera bila hati asyik panas jer, kaki plak penat menekan pedal walhal bukan aku pun yang drive…tp penat jugak weh..penat membuta…haha…sian encik suami kan…nak buat camne, aku memang dr dulu2 lg ada alergik…alergik kalo dok sebelah pemandu, konpem aku asyik ngantuk jer…kalo tak tido seminit dua tu, bukan aku la tu…

Aku n encik suami balik melaka ari Jumaat…mula2 jalan clear jer sampai la masuk KL…namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya banjir teruk di Segamat sana…sebelum sampai Nilai, lepas exit Bangi keta mula bergerak perlahan, perlahan n semakin perlahan…sehinggakan aku boleh nampak sebijik-sebijik orang kat Nilai Memorial Park tu…tak kuasa nak menunggu lama, kami amik exit ke Nilai, konon nk guna jalan dalam la…dr nilai menuju ke seremban n seterusnya planning nk keluar ke Senawang…tp dek kerana taktau sgt jalan n berpandukan GPS yg asyik nk bg jalan dekat, makanya kami keluar ikut Seremban Labu…ini lah satunya yang aku tak berapa gemar ngn GPS ni…asyik la nk bg jalan dekat..sikit2 nk guna haiway…mcm la taktau yg haiway tu asyik nk mintak duit orang…asal nak lalu jer, kena hulur duit…asal nk lalu jer, hulur duit…tak kuasa ai tau…sepatutnya boleh sampai 4 jam, tapi dek kerana merasa pelbagai perisa jam, makanya 6 jam lebih baru kami sampai…dah mcm nk balik kelantan dah…tu belum balik kelantan..ntah2  lg lama la kot…

Sabtu plak kami dah gerak nk balik sini semula memandangkan encik suami keja ari ahad tu…dan untuk mengelak jam jugakla kononnya…siap hasut adik beradik ipar suh gerak sabtu jugak…kebetulan de perancangan nakgi tengok adik ipar yang baru bersalin ari jumaat tu…dan sekali lg terpaksa mengharungi jam…selepas exit seremban sehinggalah nak sampai KL..barulah jalan clear semula…trafik lancar walau banyak kereta..sampailah ke Raub…tp dr arah Raub ke KL, jalan jam teruk…semua pakat dok risau camne nk balik semula…sbb ada mak sedara dr Selayang…aku n encik suami amik jalan Mempega ke Temerloh..jalan clear sangat2, tp sunyi sepi n gelap gulita sbb lalu felda…Alhamdulillah…

mcm2 kisah jam gaklah dengar dr kawan2 yang balik ke Pantai Timur…jam yang agak teruk sama ada jalan ikut Gua Musang atau pun ikut Kuala Terengganu…seb baik tak jadi balik time ni…aku n encik suami plan nk balik cuti Maulidur Rasul nanti…harap2 planning berjayalah…aminn

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *