Kari Kepala Ikan Bawal

Kari Ikan Bawal ala Penang Mali...

Menu tengahari tadi, Kari Ikan Bawal ala Penang…tak penah masak pun sebelum ni, tp dek kerana my mother in law rekues nk makan, makanya aku pun mengooglekan mencari resipi…dan semestinya lah MyResipi.Com…senang nak ikut kalo resipi dalam tu…sbb tu aku suka…hehe..malas nk citer panjang, korang baca jerla resipi yang aku amik dr sana…kira boleh dikatakan menjadilah bg org yng pertama kali masak kan..even encik suami komplen agak masam sikit…tp tkde plak org lain komplen…kira halal je la kan..hehe…boleh cuba lg next time…

Resipi memang aku terus dr sana..aku tak edit pun…kalo korang nk try terus jer la ikut resipi ni..konpem menjadi..

Bahan-bahan ( 4 orang )

* kepala ikan siakap
* rempah kari babas
* serbuk cili
* bawang merah 3 ulas *
* bawang putih 2 ulas *
* bawang besar 1 biji (hiris bulat)
* halia *
* serai 1 (di ketuk)
* serbuk jintan putih 1 sb
* air asam jawa
* bendi
* tomato 1 biji (belah 4)
* cili hijau belah tengah
* terung bulat belah 2

Cara-cara

1. Tumbuk bahan yang bertanda *, tumis bersama daun kari dan halba campur sehingga naik bau.
2. masukkan rempah kari bersama serbuk cili dan tumis sehingga pecah minyak, kalau tak pecah minyak kari nanti tak sedap. masukkan serai (untuk sedapkan kari – optional)
3. setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa ikut citarasa masing2, kalau nak masam, masukkan lebih air. kalau tak, secukup rasa jer la.
4. masukkan kepala ikan, kalau nak masukkan isi pun blh juga, biar sehingga mendidih.
5. setelah mendidih masukkan bendi, tomato, terung dan cili hijau. Masukkan garam.
6. setelah mendidih, hiris bawang besar dan taburkan di atas kari untuk di hidang.

You may also like...

2 Responses

  1. ej@m says:

    cubaan pertama yg sukses…lepas nie kompom MIL akan rekues lagi resepi lain plak…hehe

Leave a Reply to norsaritanaini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *