Kecantikan Mah Yang Pudar Telah Buat Cinta Abang Berpaling

529298_379191515436290_100000363342944_1343094_1061200348_n

Bila kecantikan luaran jadi ukuran dalam sesuatu hubungan, inilah padahnya. Sangat tertarik dengan kisah ini. Kita juga isteri, ada suami, ada anak-anak. Rasanya kisah ni memang menyentuh perasaan semua isteri-isteri yang ada di luar sana. Bagi yang belum tahu, sila baca kisah ini disini, Pengakuan Suami Curang.

Ya Allah, kalau saya yang jadi Mah (minta dijauhkan, Nauzubillah..), pasti hancur luluh hati saya. Suami yang kita sayang, suami yang kita harapkan, suami yang kita agung-agungkan, curang dibelakang kita. Berzina pulak tu. Isteri mana yang boleh terima dengan hati terbuka kan.

Kita ikuti sedikit “luahan hati” si suami punca kecurangan beliau.

Mah…

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan lemak… badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah… Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan… dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah… Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang… abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam… abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam… abang merayu…

Abang oi..
Zulaikha memang cantik dari bahasa tubuh sehingga ke alat sulit, tapi cantikkah dia dari budi pekerti si Zulaikha sehingga sanggup menyerahkan diri secara haram?

Abang oi…

Kecantikan Mah pudar bukan sebab tak pandai nak jaga diri. Tapi ketahuilah abang oi, Mah tu tak sempat atau dengan erti kata lain tiada masa terluang nak menjaga diri sendiri. Masa yang ada dihabiskan untuk menjaga keperluan dan kepentingan suami dan anak-anak.

Abang oi..

Abang kahwin dengan Mah sbb Mah cantik dari segi fizikal, sebab Mah jadi pujaan ramai, sebab luaran Mah semata-mata. Bila semua kecantikan fizikal dan luaran pudar, maka itu alasanya abang boleh berzina dengan perempuan lain? Alasan yang sangat tak masuk akal.

Abang oi…

Abang suruh Mah berubah, berubah demi Abang..tapi Mah rasa Abang yang patut berubah, bertaubat dengan segala dosa yang Abang dah buat. Ingat Abang, niat tak menghalalkan cara. Dosa tetap dosa. Haram tetap haram.

============================================================

Itu kisah mereka.
Marilah kita jadikan pengajaran.

Kaum wanita memang seringkali akan dikaitkan dengan kecantikan.
Kecantikan pula berkait dengan kesihatan dalaman dan luaran badan.

Tidak dinafikan sebelum kahwin dengan selepas kahwin, mesti akan ada perubahan dari segi bentuk badan dan juga rupa paras kecantikan. Ditambah pula selepas melahirkan anak. Berat badan bertambah, saiz badan berubah, kulit yang dulu licin dan gebu makin dipenuhi jerawat batu bata, rambut yang dulu ikal mayang dah jadi macam rambut hantu langsuir, kuku yang dulu putih bersinar-sinar, semakin rapuh dan kusam.

Saya juga isteri dan juga ibu kepada 2 orang anak. Kesibukan kerja dan urusan rumah tangga sangat memenatkan. Kalau ikutkan memang takde masa nak memanjakan diri kita. Masa yang ada di rumah hanyalah untuk anak-anak. Tapi syukur Alahmdulillah, saya dapat suami yang sangat memahami. Beliau tidak lokek untuk membantu kerja-kerja di rumah dan menguruskan anak-anak. Kalau nak harapkan kita seorang, memang tak jadi rupa orang la gamaknya. Letih penat tak larat dan macam2 lagi rasa yang ada.

Keletihan, kelesuan, penat terlampau, kulit kusam kadang-kadang disebabkan oleh badan kita kekurangan nutrisi sebenarnya. Pemakanan kita mungkin dah berapa nak seimbang. Zat-zat yang ada dalam badan dikongsikan dengan anak bagi yang menyusu badan. Toksin dalam badan juga bertambah dan proses detoksifikasi pun tak berapa nak lancar. Itulah hasilnya badan berbau, kulit kusam, kuku rapuh, peluh busuk.

Sebagai alternatif saya mengambil makanan tambahan untuk membantu saya kekal bertenaga dan membantu membuang toksin dalam badan. Dalam banyak-banyak makanan tambahan yang ada di pasaran, saya sangat yakin dengan produk Shaklee sahaja. Saya dah amalkannya dari tahun 2012. Dari menyusukan anak pertama, mengandung anak kedua dan sehingga kini masih menyusukan anak saya yang kedua yang sekarang ini berusia 1 tahun 3 bulan. Makanan tambahan ini banyak membantu saya untuk meningkatkan tahap kesihatan saya sama ada dalaman mahupun luaran.

set asas
Ini antara suplemen yang wajib saya amalkan hari-hari.

Jika berminat nak mencuba makanan tambahan ini, sila hubungi saya yer, 0199510980.
Setiap pembelian suplemen Shaklee dari kami, anda layak untuk mendapatkan:

Tips esklusif utk mengawal paras kolestrol
Jadual pengambilan suplemen
Cara pengambilan terbaik Set Kolestrol
Contoh meal plan

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *