Kepentingan Suplemen Tambahan Untuk Ibu Hamil

Cadangan Set Supplemen Untuk Ibu Mengandung

Cadangan Set Supplemen Untuk Ibu Mengandung (Sumber: http://anisvitashop.blogspot.com/)

Kehamilan merupakan saat yang terpenting untuk semua ibu-ibu. Adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang hamil menjaga pemakanan supaya ianya mencukupi. Ibu-ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang lain, jadi tidak hairan jika ibu hamil diberikan suplemen. Ini bukan sahaja untuk kandungan tetapi juga mengelakkan risiko semasa kelahiran.

Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil?

 

  1. Vitalea Iron Formula (multivitamin dan multimineral)
  2. B Complex (lengkap dengan asid folik)
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix (kalsium magnesium)
  5. ESP/ Mealshake (sumber protein)
  6. Omega Guard

 

Secara ringkasnya, fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut :

 

 

 

~ Vitalea diformulasikan  dengan iron (zat besi) di mana ia adalah sangat penting bagi ibu hamil terutama jika ibu ada masalah masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.

 

~ Ia membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.

 

~ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.

 

 

~ B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.

 

~ Asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

 

~ Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.

 

~ Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

 

 

 

 

~ Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

 

~ Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (cth: flu).

 

~ 1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?

 

~ Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

 

~ Ia juga membantu mengurangkan efek stretch mark ketika hamil.

 

 


 Ostematrix (Kalsium)
~ Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
~ Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
~ Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
~ Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
~ Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
~ Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
~ Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
~ Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.
~ Ia juga membantu mengelakkan komplikasi kepada ibu ketika meneran sewaktu bersalin.

 

 

~ Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.

 

~ Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.

 

~ Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.

 

~ Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

 

~ ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.

 

~ Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.

 

~ Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

 

~ Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

 


OmegaGuard (Omega 3)
~  Mengandungi DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak.
~ DHA dan EPA dari OmegaGuard ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
~ Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan juga membantu badan ibu naik secara melampau.
~ Pengambilan Omega guard juga membantu mencantikkan kulit anda!

Sumber: https://www.facebook.com/Elaila.net/app_128953167177144

 

436 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge