Keperluan Protein Dalam Diet Seharian Kita

protein2

Gambar dari Google

Protein pada hakikatnya boleh diperolehi dari pemakanan kita seharian. Contoh makanan yang boleh membekalkan sumber protein yang tinggi adalah ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun, perlu diketahui bawaha protein ini mudah terdenaturasi atau dengan kata lainnya termusnah apabila terdedah pada suhu yang tinggi. Proses memasak kadang kala boleh memusnahkan kandungan protein dalam sesuatu makanan.

Badan kita terdiri daripada sel, dari sel membentuk tisu dan tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. jika sel mendapat cukup protein di tambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama atau dah mati.

Protein juga penting untuk proses pertumbuhan. sebahagian besar susu ibu mengandungi protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat.

Keperluan protein dalam tubuh berbeza mengikut umur dan keadaan individu. Pada peringkat bayi dan kanak-kanak, protein diperlukan banyak untuk perkembangan fizikal dan mental. Pada peringkat remaja, protein sangat diperlukan untuk proses pertumbuhan fizikal . Protein penting untuk ibu yang hamil bagi pertumbuhan fetusnya. Ibu yang menyusukan memerlukan protein untuk menghasilkan susu.

Fungsi protein Secara Ringkasnya adalah

1) Menggalakkan pertumbuhan sel tubuh dan membentuk tisu
2) Memperbaiki dan menggantikan sel yang rosak dan mati
3) Menghasilkan bahan kimia dalam tubuh
4) Membekalkan haba dan tenaga sekiranya terdapat kekurangan karbohidrat dan lemak

Kepentingan Protien dalam tubuh ESP Mealshakee 222vitamindiha

Gambar dari Google

Kekurangan protein boleh menyebabkan:

1) Pertumbuhan terganggu dan terbantut
2) Pembentukan sel darah merah terganggu mengakibatkan anemia
3) Luka, cedera, dan kudis mengambil masa yang lama untuk sembuh
4) Tubuh kurang berupaya melawan penyakit
5) Kurang keupayaan mental apabila kekurangannya serius pada peringkat bayi ( 1 bulan hingga 18 bulan) yang sepatutnya ketika itu pertumbuhan sel otak mencapai peringkat 80 peratus
6) Penyakit kwasyiorkor ( kekurangan protein yang serius berlaku pada kanak-kanak)

Sumber protein boleh diperolehi dari ikan/ ayam/ daging dan sayur-sayuran. Bagi yang vegetarian pula sering menggantikan ikan/ ayam/ daging dengan kekacang. Sepatutnya pemakanan harian kita sudah membekalkan cukup protein bagi keperluan tubuh badan. Namun begitu, cara makanan dimasak sering menyebabkan protein dalam makanan termusnah. Protein mudah termusnah apabila terdedah kepada suhu yang tinggi. Jadi walaupun kita makan ikan/ ayam/ daging/ kekacang setiap hari, tapi tubuh kita tak mendapat kuantiti protein yang diperlukan.

Itulah sebabnya kita perlukan suplemen atau makanan tambahan bagi memastikan pengambilan protein kita mencukupi. Dan sudah tentunya saya memilih ESP Shaklee ni. Sebab:

  • Sumber terbaik daripada kacang soya (NON GMO)
  • Mengandungi protein lengkap (termasuk 9 essential amino asid)
  • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
  • PER (Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengenyangkan dan sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik
  • Sesuai untuk orang yang ada alahan
  • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin-vitamin tadi dapat memperbaiki sel-sel badan kita.
protein

Gambar dari Google

 

Mahukan suplemen macam saya? Meh contact saya meh, Norsaritanaini Mahasan melalui sms/ whatsapp/ call 0199510980 utk dapatkan protein tambahan anda.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *