Keperluan Protein Dalam Diet Seharian

Protein pada hakikatnya boleh diperolehi dari pemakanan kita seharian. Contoh makanan yang boleh membekalkan sumber protein yang tinggi adalah ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun, perlu diketahui bahawa protein ini mudah terdenaturasi atau dengan kata lainnya termusnah apabila terdedah pada suhu yang tinggi. Proses memasak kadang kala boleh memusnahkan kandungan protein dalam sesuatu makanan.

Badan kita terdiri daripada sel, dari sel membentuk tisu dan tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein di tambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama atau dah mati.

Protein juga penting untuk proses pertumbuhan. sebahagian besar susu ibu mengandungi protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat.

Keperluan protein dalam tubuh berbeza mengikut umur dan keadaan individu. Pada peringkat bayi dan kanak-kanak, protein diperlukan banyak untuk perkembangan fizikal dan mental. Pada peringkat remaja, protein sangat diperlukan untuk proses pertumbuhan fizikal . Protein penting untuk ibu yang hamil bagi pertumbuhan fetusnya. Ibu yang menyusukan memerlukan protein untuk menghasilkan susu.

 

Fungsi protein Secara Ringkasnya adalah

 1)      Menggalakkan pertumbuhan sel tubuh dan membentuk tisu

2)      Memperbaiki dan menggantikan sel yang rosak dan mati

3)      Menghasilkan bahan kimia dalam tubuh

4)      Membekalkan haba dan tenaga sekiranya terdapat kekurangan karbohidrat dan lemak

 

Kekurangan protein boleh menyebabkan:

1)      Pertumbuhan terganggu dan terbantut

2)      Pembentukan sel darah merah terganggu mengakibatkan anemia

3)      Luka, cedera, dan kudis mengambil masa yang lama untuk sembuh

4)      Tubuh kurang berupaya melawan penyakit

5)      Kurang keupayaan mental apabila kekurangannya serius pada peringkat bayi ( 1 bulan hingga 18 bulan) yang   sepatutnya ketika itu pertumbuhan sel otak mencapai peringkat 80 peratus

6)      Penyakit kwasyiorkor ( kekurangan protein yang serius berlaku pada kanak-kanak)

 

_______________________________________________________________________________________________________

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di norsaritanaini@yahoo.com atau 0199510980 untuk sebarang pertanyaan/pesanan. Sila lawati FB Norsaritanaini Mahasan untuk maklumat terkini berkenaan dengan produk Shaklee.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *