Kerana Terpaksa Aku Relakan

Assalamualaikum…

Tatkala entri ni ditaip, jiwa dan akal sedang berkecamuk..dalam redha still ada resah…agaknya belum sepenuhnya redha..tapi memang sedang mencuba..mencuba sedaya upaya…kerana terpaksa aku relakan..itu jerlah yg dpt digambarkan…

Gambar Ehsan En. Google

Gambar Ehsan En. Google

Alkisahnya mcm ni..setelah 5 tahun 5 bulan berkhidmat di kolej kat Temerloh ni..alih-alih penempatan bertukar ke kolej di Jerantut…kalo awal2 dulu dihantar ke sana, serius saya tak kisah…saya akan menurut perintah dengan berlapang dada…tapi setelah suami bekerja tetap di sini, rumah sudah dibeli..itu yang membuatkan jiwa ini resah…seresahnya…

Jarak dari rumah ke Jerantut tu hampir 60 KM lebih…kira-kira dalam 45 minit perjalanan..ari tu pergi lapor diri, memang terasa perjalanan yang agak jauh..bayangkan sebelum ni dlm 5 minit boleh sampai kolej..ini pulak makan masa 45-50  minit…dengan lorinya…gaya mcm jalan nak balik kampung jauh..walhal nak gi keja…bg orang yang tak biasa jalan jauh mcm saya ni, memang terasa agak stress dan penat…bayangkan hari2 akan lalui hal yang sama…

Memang…bukan tak boleh pindah..boleh je pindah dok sana…tp memikirkan nak mencari pengasuh baru untuk anak-anak yang masih kecil..dengan pelbagai isu-isu penderaan sekarang ni..membuatkan hati jadi berat..biar mama sorang yang terseksa takpe..tidak anak-anak mama…pengasuh sekarang dah sangat-sangat baik dengan anak-anak…layan anak mcm cucu sendiri…tak sanggup jugak nak pisahkan mereka…

Ada buat rayuan, tetapi mcm tipis jer peluang yang ada…tp saya still positif..still tak putus berdoa..moga-moga rayuan diterima untuk kekal di Temerloh..moga-moga ada kesudahan yang baik…berharap sangat-sangat..walaupun hint yg diberi mcm mustahil utk kekal di Temerloh..takpe, saya kena positif kan..hati manusia Allah yang pegangkan…

Positif..Positif..Positif..

Tapi andaikata tak dapat jugak..takpelah, saya akan cuba menyesuaikan diri..moga dipermudahkan segala urusan.

think, do, be positive

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *