Ketam Masak Lemak Cili Api

inilah hasilnya..ketam masak lomak cili api..

Akhirnya hari ni tercapai sudah hasrat nak masak ketam, dah lama dok teringin nak makan tapi asyik tertangguh…kebetulan pagi tadi jenjalan menghabiskan masa ngn Encik Suami di Pekan Sehari Temerloh, makanya mengambil keputusan secara nekad nak masak ketam masak lemak cili api…tak pernah lagi seumur hidup masak ketam, biasanya makan yang dah siap dimasak oleh ibu tercinta di kampung…main rembat je beli bahan-bahan tuk masak, macam serai dan cili api, yang penting kena ada ketam la kan…ketam 1 kg RM18.00, bleh tahan gak mahalnya, padahal kalo ikutkan yang tidak boleh dimakan lagi banyak dr yang boleh dimakan…

Bahan-bahan untuk memasaknya sangatlah simpel, sama je macam udang masak lemak cili api. Antara bahan-bahan yang diperlukan opkos la cili api kan, bawang putih dan bawang merah, sedikit halia dan kunyit hidup, santan, serai dan semestinya kena ada ketam la kan. Sesetengah orang letak asam keping tapi aku gantikannya dengan tomato, de la nampak macam ala2 hiasan sikit…cara memasak plak, tkyah nk rumit-rumit, men campak ikut suka hati jer, tak perlu nk tensen2..hehe…yang penting sedap di makan…

antara bahan-bahan yang digunakan

menu tambahan yang ada...

Di samping ketam masak lemak cili api, menu tambahan lain pucuk paku dicampur dengan cendawan digoreng dengan belacan dan ayam goreng kunyit, ditambah lagi dengan ulam kacang botor cicah sambal budu ngn tempoyak…mabbellos…delisyess…

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *