Kisah di Sebalik BTN.

Tersebutlah alkisah pada 3-7 Disember 2009, kami sebagai penjawat awam di Kementerian Pengajian Tinggi telah diarahkan untuk menghadiri Kursus Kenegaraan atau dengan nama glamernya BTN di beberapa tempat yang terpilih. Aku bersama-sama dengan tiga orang rakan sekerja ditempatkan di Pusat Latihan Dan Rekreasi Felcra di Tebing Tinggi, Johor. Kursus BTN ini adalah wajib untuk dihadiri dan mesti lulus untuk pengesahan jawatan kami sebagai penjawat awam. Maka nak taknak, kami kena pergi jua.

Kami bertolak dari kolej apabila jam hampir2 menunjukkan ke angka 11 pagi dengan menaiki van kolej yang dipandu En. Lan selaku driver kami.  Perjalanan agak mencabar dek kerana melalui jalan yang berselekoh sana sini. Kami sampai di tempat yang dituju hampir pukul 3.30 ptg. Selesai urusan pendaftaran, kami naik ke bilik di tingkat 2, cabaran pertama harus ditempuhi bila mana terpaksa mengangkut beg yang besar lagi berat menaiki tangga. Tersangatlah mencabar mental dan fizikal.

selingan manja: apasal tetiba aku guna ayat skema ni…macam agak pelik la pulak…

Okey berbalik semula ke cerita td, sampai2 jer kat sana, hati aku, minda aku rasa macam nak balik jer. Memang takde mood langsung la, setiap saat aku asyik dok pikir mau pulang jer. Fikiran pun asyik terbang melayang pada encik suami, rindu-rinduan tahap dewa ke kelapan pun ada. Masa pulak lambat giler bergerak, maybe sebab aku asyik tengok jam jer kot. Kalo boleh, dan2 tu jugak aku nak balik. Tapi atas nasihat encik suami yang suh aku ubah mind set aku, makanya bila masuk hari ketiga, aku mula seronok berada di sana.

Hari pertama sampai, petang terus de taklimat, malam pulak pembentangan kertas kerja sampailah ke hari kedua. Hari ketiga dan keempat LDK, hari kelima Ujian. So far, masa LDK aku suka sebab dapat rasa masa berjalan begitu pantas, dan paling suka bila tiba nak buat ujian, sebab itu tandanya kursus tu akan berakhir dan aku boleh pulang semula ke Kolej. Masa kat sana, jadual tersangatlah pack, agak terkejar2 jugaklah, tapi bagi aku kalo pandai mendisiplinkan diri dan menguruskan masa, konpem tak jd masalah.

Aku malas nak sentuh banyak pasal BTN ni, taknak menimbulkan huru hara kat blog aku yang aman damai ni. Bagi aku, kursus ni okey jer cuma aku jer yang tak okey sebab asyik rasa nak balik kan. Aku nak balik bukan sebab aku tak suka pengisian kursus ni, tapi sebab mind set aku. Aku asyik dok rasa bila aku gi kursus tu, aku berjauhan ngn encik suami, padahal memang aku dok berjauhan dengan dia pun. Puncanya  emosi aku yang tak stabil kot masa tu.

BTN pada aku bagus jugaklah sebab banyak info berguna yang aku dapat masa kat sana. Masa kat kursus tu, aku dibawa kembali ke sejarah dulu2 yang secara jujurnya aku sendiri macam dah lupa. Dengan fahaman yang aku dapat kat sana, aku sedar siapa diri aku, apa tugas aku untuk agama, bangsa dan negara.  Tetiba plak terpatriotik.

Cukup setakat ini jerlah aku cerita pasal BTN, kalo nak tau lebih, koreklah kat tempat lain. Cuma satu jer yang aku dapat kongsi dengan korang semua, sebelum kita nak betulkan orang lain, lebih baik betulkan diri sendiri dulu.

berkumpul di foyer sebelum bertolak ke destinasi yang dituju...

berkumpul di foyer sebelum bertolak ke destinasi yang dituju...

ada gaya macam nakgi sekolah semula jer...

ada gaya macam nakgi sekolah semula jer...

roommate masa kursus: satu kepala sehati sejiwa...

roommate masa kursus: satu kepala sehati sejiwa...

peserta kursus KENEGARAAN yang siap sedia untuk melaporkan diri...

peserta kursus KENEGARAAN yang siap sedia untuk melaporkan diri...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *